Urusan di KL. Nak beli barang. Adik ipar nak kahwin. Cuti sekolah. Tapi sayangnya dah sampai KL. Baru tahu kedai tersebut tutup. Apa boleh buat. Nak patah balik. Dah sampai KL. Kena tambah agenda. Makan tengahari. Wow! dah hampir jam 1 pm. Sesuai sangat, melantak dulu sebelum kami balik. Balik nanti tak payah makan lagi.hi!hi!hi!
Aku, CDM Kartini dan Baby. Jarang Baby nak ikut. Boring kot. Dah siap kerja arimetik. Jadi dah bebas nak ikut. Kami singgah kat Restoran Tupai-tupai.
|
Ingatkan macam biasa. Tapi hari ahad ala-carte je. Dah masuk. Malas nak keluar balik. Kalau keluar tak tahu nak gi mana. KL tak berapa tahu mana kat makan sedap. |
|
Ada promosi. Ikan talapia. Kami pilih Talapia Masak Asam Pedas. Saja cuba. |
|
Mak dan anak, sabar menanti. |
|
Ice cream pilihan Baby. Lain-lain tak nak makan. Dah kenyang katanya. |
|
Nah! Ini asam pedas ikan talapia. Memang sedap. Licin sapu. Baby yang tak nak makan pun banyak makan. |
|
Kailan ikan masin, pun sedap. Ikan lambat sampai. Jadi aku makan nasi dengan sayur inilah. Ikan ratah sahaja. |
Habis kat situ. Singgah satu lagi tempat makan. Rojak Bellamy. Dah lama tak pi. Teringat pulak. Dahla dekat dah. Pergi dengan terpaksa. Makan juga dengan terpaksa. hi!hi!hi!
|
Rojak Bellamy. Belakang Istana Negara Lama. Biasa kemari masa masih mengajar dulu-dulu. |
|
Kalau dah biasa makan. Tak payah cite. Memang sedap. Tak percaya ke? Boleh datang, cuba. |
Lepas pekena rojak. Balik rumah. Rehat dan santai. Rancang untuk esok. Mana mahu pegi. Sape mahu jumpa. Tak boleh jadi. Dok lagu ni. Dah habis pantang. Dah habis segala alasan. Dah kena bertindak lebih agresif lagi. Orang lain dok kuasai pasaran. Akademi juga mampu kuasai pasaran. Tawaran dari akademi juga hebat, sehebat orang lain. Adakalanya tawaran akademi lebih hebat lagi dari tawaran orang lain.
Akademi Taipan181.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan