Jom Follow

Sabtu, 12 Mei 2012

Buku Ganjaran Diri.

Bonus dah masuk. Dah guna pun semalam. Dah beli sesuatu sebagai ganjaran diri. Jangan lupa, cari guna buku-buku dan cd-cd motivasi. Tambah ilmu dan sumber inspirasi. Semalam, lepas solat jumaat. Aku ke IOI. Cari buku kat Popular. Cari buku-buku terbaru. Cari buku hangat di pasaran.  4 buah buku, jadi pilihan aku semalam.

Koleksi Cerpen Dato' A Samad Said. Beli kerana jenamanya. Dah tahu mesti best punya. Tak rugi aku beli. Belum baca lagi.

Tajuk menarik. Lagi pun diterbitkan oleh KEMILAU PUBLICATION. Dah baca. Isinya sedikit berat. Tapi nipis saja. Jemu nak habiskan. Tapi paksa habiskan semalam.

Dai'e Sejuta Ummat. Ustaz Azhar Idrus. Tengok tajuk. Terus ambil semalam. Tulisan Riduan Mohammad Nor. Santai. Isinya ringan. Tak perlu perah otak. Serba sedikit pasal UAI. Tak rugi memilikinya. Petang tu juga aku khatam. Jom sahabat. Miliki buku ini. Lain pada buku soal jawabnya.

Buku ni dah lama aku tengok. Tak teruja nak memilikinya. Pelancaran buku ni telah diadakan di PWTC. Semasa PBAKL baru-baru ni. Teruja nak memilikinya. Semalam terus beli. Baru baca sikit. Insyaallah hari ini cuba habiskan.
Jom jadi ummat yang memiliki daya juang yang tinggi. Tak mudah mengalah dengan cabaran yang sedikit.



Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger