Syukur. Hari ini bonus dah masuk. Dah boleh cucuk. Dah boleh ambil. Dah boleh keluarkan. Dah boleh guna. Dah boleh shopping. Dah boleh bayar apa-apa yang patut. Jangan lupa 10%, simpan dulu. Kalau lebih lagi bagus. Sikit kena simpan. Banyak lagi kena simpan. Kalau sikit, tak simpan, kemungkinan dapat banyak pun kita tak simpan.
Dah masuk. Bagi para wanita. Hari ini rehat lebih lama. Sempat lagi ke shopping mall. Orang kat KL, tu singgah-singgahlah Jalan TAR. hi!hi!hi!Orang Penang. Mereka tahulah mana nak gi. Rehat lebih lama, belanja kawan makan. Berbagi rezeki. Tentu kawan kita tu seronok. Mana tahu dia akan support kita lepas ni. Lagi yang kena belanja tu, orang yang paling kuat kutuk kita. Paling kuat sindir kita. Paling lantang komplen kita. Paling takut dengan kita hari ini. Orang ni dulu kena bagi makan kenyang-kenyang. Sekali dua kena suap. Senyaplah dia tu. Dah terkunci mulutnya. Mereka bising tu sebab, mereka tahu kita dapat income dari akademi. Tapi mereka tak dapat merasa. Jadi nak lepas kecewa,mereka bising-bising sikit. Kita pun kena paham.
Kalau dia setuju. Masa makan tu puji-pujilah dia tu.
"Aku belanja ni, sebagai ucapan terima kasih aku terjadap kau. Aku buat sungguh-sungguh sebab kau juga. Kata-kata kau tu, jadi pembakar semangat juang aku. Malah semakin kuat kau dok menyata aku. Aku jadi semakin excited. Semakin pantas aku punya gerak kerja. Kalau kau tak mengata kat aku. Aku masih boleh berjaya, tapi mungkin tak secepat ini. Terima kasih sekali lagi."
Tahniah. Ada juga yang kali pertama dapat bonus. Tak tahu nak buat apa. hi!hi!hi! Ada ke gitu. Rasa-rasanya tak ada. Duit ada tahulah apa nak buatkan. Tukar hp yang lebih canggih. Beli handbag. Beli makeup. Apa-apa lagilah. Orang perempuan tahu, tak payah aku cakap.
Orang lelaki. Banyak nak buat. Jangan buat sekali gus. Tunggu bonus bulan depan pulak. Dah lama buat. Mungkin lebih halus perancangannya. Beli pun yang hebat-hebat kot. hi!hi!hi!. Aku senang saja. Lepas jumaat ni, singah kedai buku. Beli 2,3 buah buku pun dah kira ok. Tambah ilmu dan tambah koleksi buku.
Baru keluar.. |
Ada juga, bonus bulan ni. Berkira-kira nak tukar kereta. Boleh masuk loan kereta kot. Bukan apa, kereta lebih selesa senang nak bergerak lebih jauh dan sebagai bukti kehebatan perniagaan kita.
Bonus dah masuk. Jangan belanja lagi. Simpan untuk shopping di GuangZhou nanti. Dengar kata, lagi syook shopping kat sana. Shopping persiapan raya kat sana. Kita balik GuangZhou. 4,5 hari dah puasa. Beraya sakanla gamoknya tahun ini.
Akademi Taipan181.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan