Jom Follow

Jumaat, 4 Mei 2012

Buat Duit Cara Padil...

Aku sebagai netwoker sepenuh masa. Hari-hari enjoy. Hari-hari gembira. Hari-hari ada aktiviti. Hari-hari ada kerja. Lagi sibuk, lagi suka aku. Lagi banyak appointment, lagi aku suka. Lagi banyak masuk. hi!hi!hi! Aktiviti pun pilih, mana yang aku suka buat. 

Netwoker. Apa kerja. Share peluang. Kadang-kadang orang share peluang dengan aku. Mana boleh tolak. Dengar peluang, tak salah. Nak ikut ke, tak nak ikut itu soal lain. Orang share peluang, orang kongsi ilmu sebenarnya. Dengar peluang dan tambah ilmu. Kita juga share peluang dengan orang. Kalau orang buat-buat dengar, aku juga marah. Begitu jugalah orang lain. Bila setuju nak dengar peluang. Dengarlah betul-betul. Jangan cepat nak bangkang. Jangan cepat nak tunjuk pandai. Bagi habis, dulu. Baru kita tanya apa yang kita nak tanya. Baru orang tak sakit hati dengan kita.

CDM Kartini dengar perkongsian peluang dari Padil.
Siapa Padil? CDM Kartini serius tadah telinga dengar perkongsian darinya. Apa yang Padil buat, buatkan aku dan CDM Kartini teruja nak dengar. Kami yang mintak dia share dengan kami. Bukan dia nak. Bukan pasal peluang. Kebolehannya terjun dalam bidang perniagaan.

Padil ni budak lagi. Umur baru 22 tahun. Lepas diploma. Baru je sambung ijazah. Tapi bila cakap pasal bisness. Wow! hebat. Terpaku kami dibuatnya. Dah tender kantin sekolah. Wow! Masih muda....Itu salah satu cabang yang dia share dengan kami tadi.

Ni lagi satu. Tingkatan 4 dah kerja part time. Duit gaji, apa dia buat. Beli emas. Umur baru 16 tahun dah mula beli dan simpan emas. Duit gaji tak prabis begitu saja. Beli, simpan. Beli, simpan. Satu tindakan yang bijak. Sekarang ni ada berapa gram. Tak payah tanya. Boleh agak-agak sendiri.

Kami jumpa pun kat Agrobank. Baru tebus, satu. Semalam juga ada tebus satu. Banyaknya duit. Memang banyak. Pandai buat duit. Duit buat duit. Lagi satu pandai urus duit.

Bila ada projek. Nak pakai duit. Jual emas. Senangkan. Jual pula, murah sikit pada kedai emas. Berebut orang nak. Berapa banyak sekali jual. Terpulang berapa RM dia nak pakai.

Kalau aset seperti tanah atau kedai. Nak cair susah. Emas senang nak cair. Cerdik punya budak.

Masih muda. Dah capai tahap jutawan kot. Itu aku tak tahu. Tapi kalau ikut cakap dia, dah tak jauh dah. 

Dia juga ofer kat kami. Nak beli emas dengan dia pun boleh. 

Padil.
Kisah kejayaannya sepatutnya dikongsi dengan orang ramai. Kalau ikutkan kebiasaan, budak macam ni, masih bergantung pada orang tua lagi. Nak beli apa-apa. Tapi ni dah ligat cari duit. Dahlah cekap cari duit. Pandai pula urus duit. Bijak pula kembang duit...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger