Aku seperti biasa. Kalau sampai KT. Mahu tak mahu akan call sahabat ini. Kalau sahabat tak sibuk, kami mesti keluar minum.
Hari ini. Petang tadi jumpa kat Kuala Ibai. Aku dinner kat situ. Nasi ayam, beehun sup, sup belut.
Sahabat aku tu, lewat sikit sampai. Jogging dulu. Kiranya lepas jogging akan ke bandar untuk jumpa dengan aku. Nasib baik dia call terlebih dahulu. Aku dah kat sana, belah dia jogging.
Bila bertemu. Kawan lama. Banyal cerita. Banyak kisah. Seronok ada. Tak seronok pun ada. Apa yang pasti dia pun dah naik pangkat lagi. Kni dah jadi Timbalan Pengarah di Politeknik Dungun. Tahniah. Semakin sibuk dan semakin banyak tanggungjawab. Isterinya DR pakar mata di hospital KT.
Macamana kenal dengan sahabat ini? Kawan sama-sama mengajar di sekolah teknik KL. Tapi dia pindah mengajar Politeknik Dungun.
Aku tahu, dia ada masa depan cerah dalam kerjayanya. Seorang ustaz yang mengajar penuh dedikasi. Sempat jadi pengarah kot. Servisnya masih ada 15 tahun lagi.
Berkongsi suka duka yang ditemui sepanjang perjalanan menuju 'pulau impian', bersama Akademi Taipan181. Adakalanya menempuh jeram dan adakalanya melalui liku. Semuanya terangkum dalam catatan ini. Harap ada yang sudi membacanya.
Jom Follow
Jumaat, 18 Mei 2012
Sebuah Pertemuan Dengan Sahabat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan