Jom Follow

Selasa, 22 Mei 2012

Selasa; Hari Paling Menjadi...

Selasa. Hari baru. Hari ceria. Hari menjadi-jadi. Hari bertemu bakal-bakal prospek. Hari urusan dana. Hari punch sales. Hari fitting PB. Hari servis rakan niaga. Hari kelas akademi taipan. Semuanya terangkum pada hari ini. Sibuk tapi berbaloi.

Urusan pagi dah selesai. Hantar Baby ke sekolah. Balik rumah. Ambil CDM Kartini. Menuju ke Pejabat Pendaftaran dan Imigresen Puchong. Urusan memakan masa 1 jam lebih sikit. Sampai pun awal. Jam 8.10 am, kami dah beratur ambil nombor giliran.

Baby bersama hadiah buat guru-gurunya. Hari ini ada sambutan hari guru peringkat sekolah.

Sementara tunggu urusan CDM Kartini renew passport. Aku uruskan dengan pejabat pendaftaran. Ambil mykid Muhammad Khaleed Amar serta salinan surat beranak. Mykid dah setahun siap, saja tak singgah ambil. Manakala surat beranak pun tak jumpa cari. Salah simpan.

Pemandangan di Pejabat Pendaftaran Negara Puchong. Berkongsi ruang dengan Pejabat Imigresen. Orang belum ramai. Masih awal. Biasanya penuh sesak orang kat sini.

Passport dah kena renew. Tinggal 2,3 bulan lagi nak tamat. Dah tak boleh keluar negara lagi. Wajib buat, kalau tak terlepas trip ke GuangZhou. Rugi rasanya kalau tak ke ikuti trip Hai-O. Shopping sakan nanti. Aku tak boleh bayang. Macamana warga Hai-O di GuangZhou nanti. Ada yang histeria nanti. Berada di syurga beli belah. Bukan tengok saja, malah boleh menikmati shopping. Berapa buah beg akan beranak nanti. Satu je aku nak ingatkan. Jangan membazir sudah. Beli baju, pakailah baju. Jangan terperap 3,4 tahun tanpa dipedulikan.

Semalam dah gi ke Shah Alam. Kononnya nak renew kat Pejabat Imigresen Shah Alam. Ramai gile. Tak sanggup nak tunggu. Balik awal. Hari ini, pagi-pagi dah bergerak ke sini. Tak ramai orang. Satu lagi dapat jugalah seorang bakal prospek. Sama-sama nak renew passport. Senyum, sapa dan salam. Ajak datang kelas malam ini. Kalau tak ada apa-apa, insyaalah dia datang.

Siap urusan jam 9.30pm. Balik rumah. Rehat sekejap. CDM Kartini ada kerja. Jumpa bakal-bakal prospek. 
 


Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable