Jom Follow

Rabu, 30 Mei 2012

Aku, Mim & Aiman

Bertemu kembali. Empat hari menyepi. Empat hari bertapa. Empat hari perah idea. Empat hari intai-intai peluang. hari ini baru dapat. 

Empat hari. Tak menulis. Beku. Nak menulis pagi ini pun masih beku. Tak ada idea. Tak tahu apa nak kongsi.  Sat lagi ada la tu.

Sekarang kat kb. Oriental kopitiam. Tepi sungai. Tunggu Aiman balik kelas tambahan. Dah 2 hari ada kelas. tapi dua hari juga ada urusan. tapi kali ini, kami free. ada masa lepak-lepak. ada masa update blog. aiman balik jam 12 pm. masih ada hampir 2 jam lagi. sempatlah update blog. dah lama tak berupdate. maaflah. tak ada line kat aku punya kampung.

Kampung aku Becah Kelubi. Hujung daerah Pasir Mas. Hantar Aiman pulak ke KB. Tak dekat. Tak jauh sangat. Ambil masa sejam juga.

Semalam hantar Aiman. Lepas hantar Aiman terus balik Becah Kelubi. Jam 10 hantar maid Amar balik Siam. Terus ambil Aiman. Tugas ini CDM Kartini yang lakukan. Aku tertidur lepas balik hantar Aiman.

Sehari sebelum tu juga sama. Hantar Aiman. Langsung ke Rantau Panjang. Maid Amza nak chop passport. Lepas tu ke KB. Ambil Aiman balik,

Hari ni, tak ada agenda. Cuma CDM Kartini nak berurut. Tapi tukang urut, Penuh appointment. Tak boleh nak celah. Kalau nak urut, lain kali kena buat appointment awal. Last minit memang tak ada masa. Tukang urut pun bukan ramai. Orang bersalin ramai. Permintaan tinggi. 

Sebelum aku terlupa. Sepanjang 3 hari aku hantar Aiman. Tiga hari juga Aku dan Aiman, breakfast dengan roti canai 'cotek'. Breafast kat berek 12. Tak jauh dengan TTC dulu. Boleh tahan juga sedapnya. Roti kosong, diletak telur goreng kat atasnya. kuahnya banjir. memang patut Aiman tergila-gila nak makannya. Aku pun terpikat.

Itu sebelum kelas bermula. Time balik pulak. Aku pekena maggi celup dulu. Dua hari mbok. Memang sedap. Hari-hari kena pun tak apa. Memang kesukaan aku. Maggi celup.

Menakjubkan, semangat guru-guru MPI. Cuti pun masih buat kelas tambahan. Aiman baru tingkatan 1. Kalau kelas peperiksaan ada kelas tambahan aku tak pelik. Ini baru tingkatan 1. Aku dapati, semua tingkatan ada kelas tambahan, sampai hari ini. Dari jam 8.30am hingga 12 pm. Ponteng, memang cari nahas.

Rajin. Tekun. Dedikasi. Sabar. Tak pelik anak-anak murid mereka ramai yang excelent dalam pelajaran dan bagus akhlaknya.

Gambar2 nanti balik KL aku upload. Nak cepat...tak sempat masa.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable