Jom Follow

Sabtu, 12 Mei 2012

Facebook Marketing: Sedang Merangkak.

Wow!
Tengahari tadi ada demo. Ada orang nak tahu pasal PB lebih detail. Kalau ok, nak beli satu set. Customer gini pun kami sapu. Lagi pun dekat je tempat nak jumpa. PJCC. Aku pun tak pernah sampai situ. Tapi senang cari. Tepi highway NPE je.
i Boutique Hotel. Tempat kami bertemu dengan customer.
Kami ke sana jam 12.50. Nak jumpa jam 1. Dari rumah kami tak jauh. Jadi kami sempat sampai. Kami tunggu kat restoran NurAliff. Sebelah hotel i Boutique. CDM jumpa customer dalam hotel. Aku melantak kat Restoran NurAliff(aktiviti biasa). Tak sempat habis aku menambah lemak. Dah siap demo. Dah pakar kot, tak perlu cite lebih-lebih. Memang customer nak, tapi tak boleh beli satu set sekali gus. Beli satu-satu. Syukur masih setuju nak pakai. Customer, masih muda. Baru umur 21. Memang patut pakai pun. Nak jaga body, agar maintain slim. Kalau dah berumur, susah sikit nak slim. hi!hi!hi!. Kami juga pesan padanya. Syorkan kat kawan-kawan.
Restoran NurAliff. Mamak punya. Berani buka restoran kat sini. Bangunan banyak kosong. Tapi penuh. Buka 24 jam. Servis pun cekap. Nasi biryani ayam pun sedap. Tak rugi aku melantak kat situ.
Masa lunch. Ramai customer restoran NurAliff. Ada sekelompok RexWater. Tertulis kat baju. Itu yang aku tahu. Ingatkan ada stokis kat kawasan tu, tapi rupa-rupanya ada HQ kat situ. Aku nampak, bila aku pusing-pusing nak balik.

Kerja dalam pantang. Keluar sekejap je. Tak melilau kat lain. Terus balik rumah. Buat marketing melalui facebook. Kami dapat customer pun melalui facebook. Main redah je, tak sangka ada yang setuju jumpa. Masih baru. Tapi tak mustahil lepas ini kami dapat kuasai teknik facebook marketing. Sedang belajar. Sedang buat. Harap-harap dapat kutip hasil. Lambat sikit tak apa asalkan buat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger