Aku tetap menulis. Aku mesti menulis. Aku mesti istiqamah. Aku mesti konsisten. Aku mesti lakukan juga. Aku dah janji pada diri nak menulis. Ini sejarah aku. Ini sejarah aku dan isteri. Ini sejarah aku punya keluarga. Ini catatan sejarah perjalanan perniagaan aku. Kalau aku tak catat, pastilah ianya hilang begitu saja. Kalau ingat pun sikit-sikit, banyak perkara-perkara penting pasti hilang dari sejarah. Dari situ, aku mula mencatat perjalanan aku sebagai seorang networker.
Aku juga menyaran, rakan niaga yang dah ada blog. Rajin-rajinlah update. Kalau boleh hari-hari. Mesti ada hak suka dan duka setiap hari-hari yang kita lalui. Kalau kita tak catat, ianya akan hilang begitu saja. Mula-mula buat blog, rajin update. Lama-lama dah update. Rugi..
Aku mesti update. Berapa orang baca sehari memang penting. Paling penting ialah aku boleh update setiap hari. Apa yang aku takuti, tak mampu mencatat setiap hari. Ini yang paling aku takuti. Tak menulis secara berterusan. Aku tahu kadang-kadang macam tak ada apa-apa yang menarik. Aku cuba juga menulis. Ada yang baca, syukur. Ambil mana yang baik. Tak baik letak tepi.
Aku ni berada di KT. Menginap di Hotel Grand Continental. Berwajah baru. Cat baru. Lebih menarik. Dari jauh dah nampak. Kena berubah. Tak boleh statik. Dah banyak hotel-hotel baru muncul di sekitarnya. Kalau tak berubah. Boleh hilang dari minda orang ramai. Jadi mahu-mahu kena keluar duit sikit, kalau nak duit besar masuk.
KT, akrab dengan aku dulu. Kini dah kurang mesra. Jarang sangat turun KT. Masih mencari-cari rakan niaga. Menunggu bertemu dengan naga. Biar boom market KT. Pasaran luas. Tak ramai yang masuk gelanggang. Dah lama orang mengenali Hai-O. Tapi mereka mengenali produk-produk Hai-O. Macamana dengan PB? Masih ramai yang tak pakai. Masih ramai yang belum merasai kebaikan-kebaikan yang ditawarkan oleh PB. Jadi kalau kita tak pakaikan mereka. Mungkin seumur hidup mereka tak akan pakai PB. Rugi sangat-sangat kalau tak pakai PB. Kita bantu mereka. Kita tolong mereka. Manjadi lebih sihat dan lebih anggun.
Kat KT. Network aku. Dah ada DSM. Dah ada DDM. Tapi semuanya telah tinggalkan kami. Dah tak bersama kami lagi. Tapi kami yakin mereka masih mengingati kami. Pernah ke hulu, ke hilir pasarkan PB. Ramai warga KT, pakai PB melalui mereka. Along, aku punya rakan niaga. Aktif hanya setahun lebih. Sempat cecah DDM. Income pun besar. Rakan niaga dah kembang biak. Muda-muda semua. Ada potensi melangkah jauh. Tenggelam dek kesibukan belajar. Leader-leader masih rebung dan bergantung semangat pada dia juga turun hanyut. Kami pun silap langkah. Tak buat proses ganti. Tak agresif berkubang di sini bersama-sama leader baru mereka. Kalau tak. Wow! pasti masih booom KT.
MLM, perlukan ketahanan. Tak ada ketahanan, tak lama berniaga. Masuk banyak, tak semestinya akan tetap bersama kalau ketahanan tak kuat. Ketahanan perlu ketika income besar. Ketahanan perlu ketika income kecik. Ada yang tahan hanya ketika income besar. Bila income kecik dah tawar hati. Ada yang terus cabut. Adat meniaga. Ada naik. Ada turun. Sape yang tahan akan kekal. Sape yang tahan akan dapat income besar. Percayalah. Income mula naik. Income sedang naik. Ayuh. Bergabung semula.
Sekali air bah. Sekali pantai berubah. Misi & Visi tetap. Strategi kena ubah. Jangan statik. Boleh tenggelam. Kena ikut kehendak pasaran. Misi & Visi aku tetap. Sejuta sahabat. Jadikan 1000 CDM...Bila nak capai. Insyaalah akan capai. Tak termasuk yang berehat tu. 1000 tu semua aktif. Ingat tak ada yang mustahil. Buat saja. Bimbing saja. Pimpin saja. Angka tersebut pasti tercapai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan