Jom Follow

Khamis, 17 Mei 2012

LOPA Ikatan Semakin Kukuh.

Lepas kelas selasa malam. Jumpa dulu sebelum masuk sangkar. Bincang-bincang pasal meniaga. Bincang apa nak buat, supaya lebih ramai lagi ke LOPA. Bincang, macamana nak lebih boom lagi. Bincang-bincang macamana yang slow boleh laju dengan projek LOPA. Ramai juga yang datang. Macam meeting lepas meeting gayanya. Apa yang seronoknya. CDM Khazir ada mari. Lama juga tak sembang-sembang dengannya. Sibuk, tak sempat bertemu mata. CDM Syed juga ada. Biasanya CDM Syed, bersama rakan kongsinya setiap kali lepas kelas. Tapi kali ini ambil kesempatan bersama-sama kami di Taipan Thai Corner. Banyak kisah, banyak cerita. Apa-apa pun kisah perjuangan yang belum selesai menguasai topik perbincangan semalam.
Sama-sama nyanyi lagu penutup kelas.

Kelas pun boleh tahan. Semakin panas. Semakin hangat. Tahniah buat yang hadir. Tak hadir. Pakat-pakat hadir hari Ahad ni pulak. Projek baru dah ada. Jom sama-sama fight. Ubah paradigma. Hai-O semakin disayangi rakyat Malaysia. Hai-O semakin dekat dengan hati rakyat Malaysia. Hai-O, ubah nasib kita. Hai-O masih punyai peminatnya tersendiri. 

Akademi juga semakin laju bergerak. Semakin fokus pada matlamat. Semakin fokus pada tujuan. Matlamat terdekat kita. Pastikan setiap warga akademi layak terbang ke LOPA. Ini tujuan kita paling dekat dan paling utama. LOPA dapat, lain-lain juga akan dapat. Income, pangkat, juga aka dapat. Tak percaya. Cuba buat. Pasti terkejut dengan hasilnya nanti.
Dua CDM Otai. CDM Syed dan CDM Khazir. Tak jemu sembang dengan mereka. Punyai idea dan wawasan hebat.

CDM Nizam, CDM Jai dan Aku. Serius. Dengar idea-idea dari korum semalam.

DDM Norhady, CDM Khazir, Abe Nal(tuan rumah), CDM Sefry dan CDM Syed. Serius bincang.

Fokus dan foto biar jelas.

Sama-sama biru.
Lebih kerap dok bincang. Lebih baik untuk perniagaan. Pelbagai idea dan saranan yang bisa diperolehi semasa sesi tak formal begini. Kadang-kadang bila pertemuan formal, lidah jadi kelu, otak jadi beku. Tapi bila santai-santai begini. Masing-masing boleh keluarkan segala idea dan isi hati masing-masing. Mana yang baik dan boleh diguna pakai. Kita war-warkan pada rakan niaga. Biar sama-sama sampai ke mercu.


Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger