Jom Follow

Rabu, 23 Mei 2012

Perkongsian Ilmu Dengan Sahabat....

Perjuangan belum selesai. Masih ada tugas-tugas yang perlu disudahkan. Tak boleh main-main. Setiap peluang mesti dicekup. Kalau peluang tersebut, kita tak berapa paham. Tanyalah pada yang lebih tahu. Tanyalah dengan yang lebih arif. Jangan dok selesa dalam ketidaktahuan.

Tengahari tadi, sebelum berjumpa bakal prospek semalam. Sempat belajar sikit-sikit pasal unit trust. Kawan kami ni buat unit trust. Buat sendiri-sendiri. Tak jual sangat. Tapi kalau minta nasihat, boleh tahan ilmunya. Seorang yang betul-betul study baru buat sesuatu. Dari perkongsiannya tadi, dapat sikit ilmu. Boleh jadikan panduan kami. Mana tahu, ada duit lebih. Boleh melabur dalam unit trust. Hasrat kami, nak melabur berdikit-dikit setiap bulan. Meniaga sedang nak jadi.

Public Mutual, paling top. Tak salah belajar dan melabur. Orang kata, returnnya besar. Tapi kena masa lama. Tak boleh nak untung cepat. 

Sambil tunggu bakal prospek. Tambah ilmu. Tambah kaya.hi!hi!hi!Kongsi ilmu dengan orang Unit Trust. Paling penting ilmu. Kerja penuh disiplin. Jangan persiakan masa lapang. Isi dengan sesuatu yang berfaedah. 
Wan Hasnan. Kawan CDM Kartini. Sama-sama belajar di MRSM Kuantan. Dah 4 tahun mendalami ilmu Unit Trust. Kerja 4 hari seminggu. Masa lapang, sikit-sikit jual unit trust.

Perkongsian hari ini.

Wow! Semakin paham. Bisa buat untung. Bisa jadi juara. hi!hi!hi!Lepas ni boleh jadi pakar rujuk.kah!kahkah!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable