Jom Follow

Jumaat, 4 Mei 2012

Mentorship Program: CDM Hanim.

CDM Wan Noor Hanim.
wow! rugi tak datang. datang tak dengar pun rugi. tak dengar habis pun rugi. buat-buat dengar pun rugi. dengar, tapi tak action pun rugi. 

Kalau semua rugi, sape pulak yang untung? Orang yang bertindak. Orang yang gi ambil ilmu dan terus guna dan share ilmu tersebut dengan rakan-rakan niaga.

Semalam, hampir 40 orang datang. Mereka yang serius nak berjaya. Mereka yang sangat-sangat nak berjaya. Mereka yang sangat-sangat nak kaya. Insyaalah, berterusan belajar, berterusan berguru, berterusan buat, kejayaan akan milik anda.

Orang baru berniaga ada. Orang sedikit lama pun ada. Orang dah 5 tahun datang. Orang 7 tahun datang. Orang 10 tahun pun masih datang. Setia dengan akademi. Setia dengan pendidikan akademi. Siapa yang bagi perkongsian ilmu tak penting. Paling penting apa yang dikongsikan. 

Perkongsian CDM Hanim semalam. Amat bagus. Senjata untuk jumpa prospek. Banyak tips, untuk kita tepis hadangan dari prospek.

Nak jumpa prospek. Mesti konfiden. Penampilan kemas. Tools lengkap. Ini pesan CDM Hanim awal-awal bicaranya semalam. PB kena pakai kalau jumpa prospek. Tak usahlah guna trik lama. Basuh. Sedang repair. Jujur pada diri sendiri. Allah tahu apa yang sebenarnya.

Nak demo. Pastikan anda tahu serba sedikit latar belakang prospek yang kita nak jumpa. Kalau prospek tu, prospek rakan niaga. Tanya dulu, rakan niaga kita tu. Kalau prospek tu, kita punya sendir lagi senang la. Sikit-sikit tahu, senang nak masuk. Sekurang-kurangnya tahu, kerja mana, kerajaaan ke, swasta ke, dah kahwin, anak berapa...
Sebahagian mereka yang hadir gali ilmu semalam.

 Kalau gi demo. Ada prospek tanya soalan-soalan maut. Kalau tak boleh nak jawab. Salin soalan tersebut. Tanya CDM. Biasanya hanya soalan-soalan lazim je keluar dari prospek. Jarang sangat tertanya soalan luar biasa. Jadi orang lama dah mahir dengan jawapannya.

Sedikit ilmu yang aku dapat kongsi dengan anda. Tak semuanya dapat share. Nak share penuh. Datang kelas.


Akademi Taipan181.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger