Jom Follow

Jumaat, 25 Mei 2012

Air Panas 50 sen???

tak ada apa yang menarik petang tadi. sekadar masuk opis. Bertemankan The Star dan sebuah buku. Tadi berubah opis. Nak ubah angin. Nak dapat suasana baru. Opis aku tadi, Kedai Rejab. Kedai ni dah lama aku tak masuk. Hampir dua minggu. Bukan apa. Malas nak masuk. Malas nak tengok muka salah seorang pekerja kat situ. Macam tak puas hati dengan aku je. Macam tak suka aku je. Kalau dia tak suka aku, aku lagi tak suka dia. Lagi pun mahal dia charge aku. Air panas 50 sen satu gelas. Kedai lain biasanya hanyalah 20 sen. Aku masuk kedai, minum dan baca buku. Dok bukan lama pun, cuma sejam lebih sikit je.

Itu sebabnya aku pindah opis. Kat kedai alida, murah air panasnya. Dok lama-lama pun tokeynya tak ada masalah. Malah seronok. Muka senyum je tengok aku. Kalau ok, boleh sembang lagi dengan tokeynya. itu baru betul punya tokey. aku pasti kedai alida ni, bakal ganti kedai mamak rejab. tingkatkan servis sikit lagi. Pasti lebih ramai pengunjung yang datang ke kedainya.

Tadi aku hanya minum segelas air panas saja. Nak oder makan, dah kenyang. Dah kena pengat pisang sebelum masuk opis. Tambah lagi dim sum. Kenyang. Dah tak leh masuk. Pi kedai, nak baca buku tanpa gangguan je. Lebih fokus dan minda lebih santai.


Akademi Taipan181.


1 ulasan:

Powered By Blogger