Jom Follow

Ahad, 13 Mei 2012

Kelas Akademi Di USJ 9 13/5/12.

Kelas hari ini. Tak payah cite lebih-lebih. Lebih kurang sama dengan yang lepas-lepas pengisiannya. Tapi orang je yang bagi speech je yang mungkin berbeza. Semangat juga berbeza. Kerana ianya ada turun naik. Tapi suhu tadi lebih tinggi dari hari-hari biasa. Semangat yang datang ternyata berbeza. Semakin panas. Lagi pun lepas dapat bonus. Mungkin dah dapat reward diri untuk bulan lepas.

Aku pun dah dapat. Beberapa buah buku. Cukup untuk beberapa hari. Habis, kena beli lagi. Kalau tak susah hati. Tak ada ilmu baru. 

Ramai atau sikit orang datang kelas akademi, kelas tetap berjalan. Bagi kami tak ada alasan untuk tidak buat kelas. Dah bertahun-tahun buat. Dah bertahun-tahun kelas hari ahad telah berjalan. Dah ramai yang dapat manfaatnya. Masih ramai lagi yang dahagakan bimbingan akademi. Jadi atas rasa tanggungjawab inilah akademi tetap buat kelas pada setiap pagi minggu.

Rugi rasanya kalau tak buat kelas. Kelas tetap berjalan. Syukur. Allah masih bagi kekuatan pada kita untuk terus menerus buat kelas hari ahad. Dah ramai yang berpindah zon. Dari zon susah bertukar kepada zon selesa. Dah ramai berjaya, tapi masih ramai yang belum berjaya. Masih ramai yang ternanti-nanti kelas-kelas anjuran akademi.
Emcee pagi tadi. Anna Violet.Terima kasih kerana sudi sahut cabaran. Semakin lama berada dalam akademi, semakin dekat kepada impian hidupnya. Sikit demi sikit bergerak menuju impian. Jangan berhenti berusaha. GuangZhou destinasi melancong seterusnya. Baru balik dari Holland & Belgium.
Hari ini juga CDM Mohd Fitri dan CDM Ayu ada. Dari Penang, melebarkan sayap ke kawasan tengah. Lebih luas, lebih ramai prospek. Kejayaan lebih bermakna bila lebih ramai rakan niaga capai impian masing-masing. Meniaga KL lebih rancak. Meniaga KL lebih hebat. Meniaga KL lebih boom.
CDM Mohd Fitri. Mai KL. Nak jadi lebih berjaya. Tak nak jadi 'jaguh kampung' saja. Nak tahu, taji yang ada, mampu berlawan dengan taji-taji kat KL. Berkelana di medan yang lebih luas dan punyai lebih banyak jerangkap samarnya. Orang KL tak mampu nak sapu semua. Sama-sama sapu. Sama-sama berjaya.
Kelas tadi. Kapten Jai, bagi icebreaking. Beberapa sharing. Tak sempat ambil foto. Maaf. Jangan marah. Mana yang sempat ada. Jangan risau. Nak meniaga lagi lama. Masih ada peluang keluar dalam blog ini.
Dah CDM. Masih datang kelas. Masih excited nak belajar dan mengajar. Masih excited nak penuhi dada dengan ilmu. Ilmu CDM berdua ni pun boleh tahan. Jangan malu dan jangan segan.Bergurulah dengan CDM Kuyah dan CDM Hanum. Mana tahu terkeluar tips ajaib yang boleh boomkan market anda.
CDM Ayu. Sentiasa update fbnya. Mana tahu, ada yang bertanya pasal PB. Boleh jawab terus. Taklah orang ternanti-nanti. CDM juga sentiasa postkan pada wallnya kata-kata perangsang buat rakan-rakannya. Bersama akademi, kejayaan menjadi lebih mudah dicapai. Datang KL, kelas wajib hadir walau sekejap. Nak dapat aura dari CDM-CDM lain.
2 CDM. Satu impian. Jayakan rakan niaga. CDM Jai juga, sentiasa punyai idea kreatif. Bagaimana nak jumpa bakal-bakal prospek. Tak loket berkongsi idea. Asalkan warga akademi berjaya.
CDM Roshila ajar rakan kongsinya(baju petak) bagaimana nak cite MP pada prospek(baju hitam). Turun ilmu secara praktikal. 4,5 kali rakan niaganya akan boleh buat sendiri. Inilah yang dipraktikkan dalam akademi. Bimbing/ajar sehingga boleh bergerak sendiri. Lagi satu, akademi tak memilih prospek. Kerajaan ke, swaste ke. Asalkan nak.
Baby boring. Main tap galaxy.
Akademi ucapkan terima kasih dan syabas. Sudi hadir ke kelas hari ini. Anda hadir. Anda dapat sesuatu. Tak dapat hadir, cubalah hadirkan diri pada kelas malam selasa ini. 
 
Hari ini juga CDM Nizam, kongsi kejayaannya. Menarik. Teruja. Excited. Dapatlah sikit perisai dari apa yang dikongsikannya. Perisai sebagai pertahanan serangan bertubi-tubi musuh.

Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger