Bertemu kembali, rakan-rakan alam maya. Harap semuanya sihat sejahtera. Sentiasa ceria. Sentiasa happy. Sentiasa enjoy. Lagi pun hari ini hari cuti. Lebih masa buat kerja yang kita sukai dan cintai.
Ada juga yang layan anak-anak. Pelbagai aktiviti boleh diadakan untuk kukuhkan kasih sayang anak-anak. Hari sukan tadika anak-anak. Hari kantin. Macam-macam lagi. Nak ke Kidzania pun boleh. Aqua KLCC pun bagus juga. Taman Burung KL. Zoo Negara. Tengok wayang pun boleh.
Aku. Balik kampung sat lagi. Lepas makan kenduri anak buah kahwin sat lagi. 10 hari kat Kelate. Lama sikit kali ini. Adik ipar kahwin. Tunggu kenduri sabtu ini.
Balik kampung, harap dapat bertemu dengan kawan-kawan lama. Boleh sembang-sembang. Kisahkan perjalanan hidup sejak terpisah. Dah banyak impian telah capai. Masih banyak lagikah yang belum capai. Macamana nak capai impian tersebut lebih cepat lagi. Boleh tambah lagi impian.
Umur macam aku ni. Anak-anak dah ada sekolah menengah. Anak sulung aku dah tingkatan 1. Ada juga, anak-anak kawan-kawan yang dah tingkatan 2. Ada juga kawan-kawan yang kahwin awal dah ada tingkatan 3. Lagi cepat kahwin anak dah cecah 23 tahun. Jangan tanya siapa. Dia ni kawan aku kat kampung. Kahwin ketika aku tingkatan 4. Umurnya sama dengan umur aku. Tapi jodoh sampai awal. Kalau aku balik kampung, insyaalah akan jumpa dengan kawan aku tu.
Kawan-kawan ramai. Kawan semasa sekolah rendah. Kawan semasa sekolah menengah rendah. Kawan sekolah menengah atas. Kawan semasa matrikulasi. Kawan semasa ambil ijazah. Kawan semasa mengajar.
Hanya beberapa kerat je yang aku ajak meniaga dengan aku. Ada yang masih berhubung. Ada yang dah tak berhubung. Tak berhubung, kerana dah hilang jejak. Mereka masih berhubung, mungkin tahu apa bisness yang aku sedang buat. Ada yang aku dah jelaskan pada mereka. Ada juga yang tahu angin-angin saja. Tahu bisness apa, tapi tak tahu dengan detail. Itu kami punya kekurangan. Tak suka convince kawan-kawan. Takut tak nak jumpa lepas itu. Tapi itu hanya dalam minda aku je. Kena berubah, kalau mahu pecut ke depan dalam bisness ini. Kalau tak ajak, mana kawan nak join. Tak ajak, mana kawan nak sign up.
Masih ada hubungan dengan kawan-kawan sekolah rendah. Orang kampung aku ada la. Classmate aku, masih ada seorang kat kampung. Buat kerja kampung. Menoreh. Jadi drive orang kampung aku nak ke mana-mana. Nak ke Tanah Merah. Nak ke melawat orang sakit. Nak makan kenduri. Nak gi mana-mana. Orang Becah Kelubi akan cari kawan aku ni lah.
Lain-lain dah keluar kampung. Cari penghidupan lebih bagus. Ramai juga yang dok KL. Tapi tak pernah jumpa. Balik raya, insyaalah baru jumpa.
Kawan-kawan sekolah menengah rendah. Terpisah bila tingkatan 4. Lagi tak jumpa. Hilang jejak. Ada yang jumpa bila, bila sekolah sama dengan aku di tingkatan 4 dan 5. Lain-lain tak tahu kat mana sekarang. Nak cari sekarang? Kata nak ajak bisness pula. Jadi biarlah takdir yang tentukan. Jumpa atau tak jumpa.
Bersilaturahim salah satu punca rezeki. Semakin ramai kita kenal-mengenal, semakin murah kita punya rezeki. Itu yang aku faham. Mungkin ada orang paham lagu lain. Jadi tambah kawan-kawan, seperti jemput rezeki lebih. Tok gitu.
Tambah kawan. Kerja mudah. Kerja senang. Sama dengan saranan upline-upline tambah senarai nama. Tak semua senarai nama tu akan sign up. Tapi mesti kekal berkawan. Mana tahu, lama-lama berkawan. Kawan kita tu terbuka suatu hari nanti nak sign up. Kalau tak sign up, selama-lamanya pun kita tetap kawan.
Ada juga kes-kes terpencil. Dalam MLM, kerap terjadi. Kawan kita beralih arah. Senang cakap dah tak ikut akademi taipan181. Pergi group lain. Group lain, tapi masih jadi downline kita. Ada yang join group lain dan tak jadi downline lagi.
Kawan-kawan ini, tetap kena kawan. Banyak berlaku, dah tak berhubung lagi. Dah gaduh. Bertemu pun dah berpaling muka. Berselisih bahu, macam tak pernah kenal. Nak borak-borak macam dulu jauh sekali. Parok doh. Padahal sambung silaturahim adalah salah satu punca rezeki. Jom, hapuskan buku lama. Buka buku baru. Tetap mesra dengan mereka. Tetap baik dengan mereka. Tetap bersahabat baik dengan mereka. Kita hidup sekejap. Mana tahu esok akan mati. Tak guna ada musuh. Bukan bagus pun punyai musuh. Mereka tak nak kawan, itu hak mereka. Hak kita kawan dengan mereka. Allah bagi rezeki kita melimpah ruah.
Kawan dah masuk group lain. Dah bukan downline lagi. Tetap kawan. Kawan dari hati bersih. Bukan kawan setakat mulut je. Hati sumpah seranah. Sepatut masih berkawan. Malah doakan agar kawan tu berjaya dengan group baru. Itu yang sepatutnya. Ini tidak, asyik dok sumpah seranah je. Asyik dok kutik je. Hentikan amalan tu. Buat menambah dosa je. Ingat hidup hanya seketika. Tak pantas, dok menambah dosa yang boleh kita elak.
Ingatan ini, bukan untuk orang lain. Untuk aku sendiri. Aku juga manusia. Tak lekang dari salah dan silap. Kadang-kadang ikut hati panas. Susah nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan