Dataran Shahbandar. Sape-sape yang gi KT. Wajib singgah kat Pasar Minggu. Meriah. Ramai orang cari rezeki kat situ. Macam-macam ada.
Hari jumaat. Teruja tengok ramai pengunjung. Pengunjung lebih tertumpu kat gerai-gerai makan. Nak tambah lemak. Sama macam aku. Kawasan kain baju tak lalu pun. Lalu pun buat penat je. Gerai makan. Membangkitkan selera yang dah memang berselera.
Murah sangat. Malah terlalu murah. Seronok berbelanja. RM10 pun dah macam-macam boleh beli. Mee goreng. Behun goreng. Ayam bakar. Laksa. Kuih-muih.
Nak makan pun boleh. Banyak tempat. Bersila mengadap laut pun ok. Disapa angin petang. Parkir kereta pun luas. Cuma kena menapak jauh sikit, jika lewat sampai.
|
Kuih kacang.. |
|
Kuih Tokyo. Apam kecik. |
|
Ini lagi banyak jenis. Pilih saja. Jangan malu-malu. |
|
Putu piring. |
|
Wow! Tengok harga. RM2, 5 biji... |
|
Putu Bambu. |
|
Tou fu fa. Lain sikit pada KL. Mudah hancur. Manisnya kurang. |
|
Wow! Tengok pun dah terliur. Kena kepak, pedal dan sayap. |
|
Stok ayam. Tunggu giliran. Nak dibakar. |
Pasar minggu tak ada tempat makan. Boleh bersila atas rumput.
|
Ralit. Menikmati keenakan makanan Ore teganu. |
|
Bersila pun ok. Bukan kami je yang bersila. Ramai... |
Akademi Taipan181.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan