Saja-saja aku kongsi gambar. Aku kutip gambar ni kat wall DDM Lan. Untuk kongsikan dengan anda semua. Mereka ini orang hebat. Ketika orang lain, santai-santai dengan anak bini kat rumah. Mereka sanggup datang. Ikuti kelas bersama leader hebat.'Satu Hari Bersama CDM Faridah'. Pengorbanan yang mereka lakukan, pastinya akan berbalas. Tak semua orang sanggup. Lagi pun hari minggu. Hari rehat. Hari koma dari aktiviti. Tapi mereka lawan semua itu. Pagi-pagi lagi bercokoh kat majlis ilmu.
CDM Faridah sedang bagi amanat pada group DDM Lan. |
Serius ambil ilmu dari CDM Faridah. |
Dengar sungguh-sungguh. Niat sungguh-sungguh. Amal sungguh-sungguh ilmu yang diperolehi. Share ilmu dengan rakan niaga yang tak dapat datang kerana ada hal-hal yang tak dapat dielakkan.
Bila dah excited. Seronok share peluang. Semua orang, nak dijadikan prospek. Macam nak tahan je orang yang sedang berjalan tu, nak suruh dengar peluang yang anda nak share. Rasanya nak duduk sebelah orang yang sedang makan, nak share peluang hebat ini. Itu ketika excited datang. Bila mood down datang. Prospek nak jumpa, pun malas nak jumpa. Semangat kita turun naik. Belajarlah macamana nak kekalkan supaya sentiasa hangat.
Jangan terkena virus HATA. Hangat-hangat tahi ayam.
Akademi Taipan181.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan