Selepas 8 bulan kami, terjun/diterjunkan ke dalam dunia MLM. Kami mampu memiliki kereta ini. Mula-mula nak bertukar kereta. Kami takut-takut. Takut tak mampu nak bayar bulan. Meniaga masa tu, biasa-biasa saja. Nak masuk pasaran bukan senang. PB terlalu asing masa tu. Kami hanya berhajat nak pakai Perdana saja. Itu yang kami rasa termampu dan ramai pengedar yang pakai Perdana ketika itu. Tapi entah kenapa kami memiliki kereta ini.
Kami nekad. Kena berubah. Kena miliki kereta lebih bagus lagi dari kereta kami sekarang. Iswara. Jadi kami ke showroom. Kami saja-saja berhenti kat showroom Honda kat Puchong Jaya. Saja-saja tengok. Dah tahu, tak berapa mampu. Income pun tak besar lagi masa tu. Dek pandainya salesmen yang pujuk. Kami bagaikan terpukau. Dari sekadar Perdana bertukar kepada Honda. Kami sebenarnya buta kayu pasal kereta. Setelah setuju. Duit mukanya kena bayar. Mana nak cekup duit. Simpanan tak berapa nak ada. Baru berniaga. Dok syok pakai duit je. Cukup juga akhirnya. Simpanan ada sikit-sikit. Lebih tu urusan loan. Nasib baik jugalah loan senang lulus. Syukur pada Ilahi.
Kini kereta ini, dah bertukar tangan. Dah jadi milik abang aku. Kereta ini, banyak berjasa pada kami. Ketika kami baru nak menapak dalam dunia MLM, dunia yang menakjubkan. Setelah memiliki kereta ini, meniaga kami jadi semakin makmur. Boleh menaja dan servis lebih jauh lagi. Tak lagi sekitar KL/Selangor.
Ketika memiliki kereta ini, kami masih lagi terikat dengan dunia kerja. Rutin kami 7.30am-2.30pm.
Hujung minggu baru boleh bergerak lebih jauh. Syukur. Pergerakan kami semakin pantas,cepat dan jauh, berikan impak positif terhadap perniagaan kami. Apa yang kami takut-takut. Tak berlaku pun. sebenarnya bayang-bayang je. Kami mampu bayar pun. Malah lebih mahal pun kami mampu(hi!hi!hi!)
Dengan kereta inilah kami buka network di luar pada KL. Ada kalanya bertolak lepas mengajar dan mampu balik untuk mengajar esoknya.
Akademi Taipan181.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan