Bertemu lagi. Tadi pagi. Kini petang. Kena cepat-cepat siap. Nak ke kelas. Kena keluar awal. Wife nak buka puasa kat Restoran Cina Al Munawarah, USJ 9. Sebelum tu, kena ambil dulu, bakal prospek. Janji nak belanja dinner. Sebelum hantar balik, boleh ajak bakal prospek singgah kelas sekejap. Mana tahu, sedikit masa yang diberi, mampu menarik bakal prospek menyertai Akademi. Kalau tak nak pun kami tak paksa. Peluang baik mesti dikongsi. Baru orang tahu.
Kedekut masa. Pelik bunyinya. Biasanya bila kedekut, orang akan kaitkan dengan kedekut duit. Tapi ini lain kedekut masa. Terlalu berkira dengan masa. Baik ke kedekut masa? Masa yang ada digunakan hanya perkara-perkara yang terpenting saja. Masa tak dibazirkan begitu sahaja. Masa yang pergi, tak akan kembali. Masa adalah kehidupan. Masa bukan emas. Kalau emas, kita boleh beli lagi. Tapi masa, tak ternilai dan tak ada orang yang mampu beli masa.
Tak bazirkan masa. Tak biarkan masa berlalu begitu saja, tanpa dimanfaatkan. Rugi yang amat. Peluang yang datang mesti direbut. Peluang ke 2 datang dah tak sama dengan peluang pertama kali datang. Kami ada pengalaman tersebut. Bila bakal upline datang ke rumah. Kongsi peluang. Kami terima 50-50 sahaja. Tengahari esoknya 50% dah hilang. Jadi 0. Kami selesa dengan rutin biasa. Pergi sekolah. Balik sekolah. Petang santai-santai kat rumah. Tak buat apa yang boleh meningkatkan ekonomi. Sikit-sikit berniaga hujung minggu. Tiga bulan lepas itu, bakal upline datang lagi. Tunjukkan hasil yang diperolehi setelah menekuni usaha. Kami baru excited, bila lihat cek yang ditunjukkan kepada kami. Tiga bulan lewat. Tiga bulan tertinggal ke belakang.
Tiga bulan.
90 hari.
2,160 jam.
Nampak je macam sikit. Tapi sebenarnya banyak.
Kalau satu hari jumpa 2 prospek,
Kami dah jumpa 180 orang.
Dah jadi DSM atau DDM.
Rugi....
Apa boleh buat...
Kami mula, tiga bulan lagi nak puasa. Puasa masa meniaga sikit pendek. Orang sibuk nak persediaan nak berbuka.Tapi kalau terus terima pelawaan upline, dah sah-sah kami punyai 6 bulan sebelum puasa. Kalau ikut logiknya kami dah bisa cecah DDM.hi!hi!hi! Sekadar melawak.
Tapi kami tetap bersyukur. Kami ambil peluang tersebut, walaupun lewat 3 bulan. Kami pegang sehingga saat ini. Kami akan tetap bertahan dalam perniagaan ini. Peluang yang dimiliki akan digunakan sepenuhnya. Tak akan persia-siakan. Buat sehabis baik. Kongsi seramai mungkin. Bukan cakap saja. Bukan mimpi saja. Tapi kena action. Kena buat, baru jadi.
Akademi Taipan181.
Tapi kami tetap bersyukur. Kami ambil peluang tersebut, walaupun lewat 3 bulan. Kami pegang sehingga saat ini. Kami akan tetap bertahan dalam perniagaan ini. Peluang yang dimiliki akan digunakan sepenuhnya. Tak akan persia-siakan. Buat sehabis baik. Kongsi seramai mungkin. Bukan cakap saja. Bukan mimpi saja. Tapi kena action. Kena buat, baru jadi.
Akademi Taipan181.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan