Jom Follow

Isnin, 14 Mei 2012

Lagi Satay Willy.

Satay Willy. Jam 6 petang aku ke sana. Sejak dua menjak. Teringin nak makan satay. Sinilah tempatnya. Kalau ada orang tanya. Mana nak satay sedap. Sini juga aku cakap. Sekali kena. Memang tak cari lain lagi. Tetap setia dengan satay willy. 

Bukan aku je yang cakap gitu. Ramai lagi yang setuju dengan pendapat aku. Kalau tak, mana mungkin hari-hari orang penuh kat Medan Selera Ramal Junction. Majoriti akan makan satay willy. Lain-lain stall, menumpang populariti satay willy. 10 ribu cucuk sehari. Dah ramai restauran jual satay willy. Ambil kesempatan.
Wow! Satay Willy. Semakin popular. Semakin ramai yang mencari-carinya. Harap-harap kualitinya tetap terjaga. Jangan pula, bila popular kualiti semakin menurun. Sebelum aku tahu adanya satay willy. Aku suka dengan satay UK kat sek 7 bangi. Bila tahu yang ini. Satay UK, tolak tepi. Dah ada pilihan yang lebih baik.
Sebahagian pengunjung semalam. Belum maghrib dah ramai, sebabnya semalam ahad. Hari cuti. Hari orang santai-santai. Kalau hari kerja. Ramai yang tapau satay. Jenuh juga menunggu kalau gi petang.
Medan Selera 'Ramal Junction'. Banyak stall kat sini. Macam-macam jenis makanan ada. Lepas maghrib penuh gile. Nak dapat tempat duduk pun susah. Gara-gara satay willy. Tunggu sataynya sejam lebih. Lama pun orang tak kisah. Sedap punya pasal. Sataynya tak ada lemak. Kalau satay-satay lain. Setiap cucuk satay mesti ada lemak.
Aku juga bangga. Medan Selera Ramal Junction. Sentiasa penuh. Melayu punya. Biasanya medan selera cina yang begini ramai pengunjung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger