Jom Follow

Rabu, 23 Mei 2012

Bawa Bakal Prospek Datang Kelas.

Kelas Akademi. Kami hadirkan diri, untuk kesekian kalinya. Dah terkira, berapa kali kelas-kelas ilmu yang telah kami hadiri sepanjang 12 tahun berada dalam dunia MLM. Tak terkira. Untuk berada ditahap sekarang bukan perjalanan mudah tapi tidak mustahil, asalkan kita mencintai apa yang kita buat.

Semalam datang kelas. Bawa 2 bakal prospek. Mulanya ajak dinner. Terus ajak ke kelas. Mereka setuju. Ikuti kelas sampai habis. Hari ini urus dana. Tak dapat penuh pun tak apa. Asalkan berani bermula. 

Dah lama buat. Masih menaja. Masih bawa bakal-bakal prospek. Kalau tak menaja, meniaga tak lama. Kena menaja. Wajib menaja. Selagi kita menaja. Selagi itu kita hidup. Kita menaja. Rakan niaga kita juga akan menaja. Mereka buat/bertindak apa upline buat. Upline sibuk menaja. Rakan niaga juga sibuk menaja. Kalau kita sibuk bergossip. Rakan niaga kita sibuk bergossip. Rakan niaga copy apa yang kita lakukan.

Dinner malam tadi, bersama bakal prospek. Tak payah tunjuk muka. Nanti kena nasihat dari penasihat tak bertauliah.
Harap excited semalam, akan kekal sampai tengahari. Kalau boleh sampai punch sales. Lepas punch, dah boleh mula. Share pula dengan kawan-kawan. Kawan-kawan mesti ada. Hidup mana boleh tak ada kawan. Kawan kat tempat kerja. Kawan sekolah. Kawan sekampung. Ramai kawan-kawan. Benda baik, sedara@kawan mesti diajak dulu. Dok gitu.

Dah lama buat. Tetap menaja. Nak taja sape lagi, kawan dah habis? Memang kawan dah habis. Tapi manusia tak pernah habis. Tambah kawan. Tambah geng. Sebarkan silaturahim adalah salah satu punca rezeki. Semakin ramai kawan, semakin murah rezeki. Semakin banyak dapat. 

Ada satu leader MLM dari USA. Dah berjaya. Dah kaya. Tapi masih buat MLM. Kenapa buat MLM? Nak duit? Duit dah banyak. Tapi dia nak berkawan dengan sejuta orang. Wow! Pelikkan. Tapi dalam MLM, tambah kawan adalah perkara biasa dan kena lakukan untuk sustain kita punya meniaga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable