Jom Follow

Rabu, 17 Ogos 2011

Selamat Bersahur!


1) Salam ramadan.

2) Dah 2 hari. Aiman gi tiusyen USJ 9. Jam 8pm dan mula. Berbuka pun sikit kalut. Nak cepat dan solat. Terus hantar gi kelas. Gi 15 minit. Time balik je kena 30 minit lebih. Anak nak UPSR. Kena lakukan sikit pengorbanan demi sebuah kejayaan. Impian mesti 5 A punya. Tangga permulaan. Lepas ini ada banyak lagi kejayaan yang mesti dicapai. Selagi hidup selagi itulah kita kena kejar impian.

3) Kelas tadi seperti biasa. Sikit kurang. Esok ramai yang cuti, ambil kesempatan berbuka dengan keluarga. Balik kampung mana yang dekat-dekat. Tak kisah tak ramai, janji kita berkekalan buat kelas. Ada yang cancel last minit. Tak jadi. Mungkin dapat ilham dari langit. hi!hi!hi!. Tak jadi kali ini. Lain kali kita jemput lagi. Tak jadi, kita jemput lagi. Sampai bila,sampai dia tak boleh lari. Bukan nak paksa, tapi datang dan dengar dulu ape cite sebenarnya.

4) Lepas kelas. Ramai yang masih bersama prospek. Atau bersama upline. Atau bersama downline. Masih panas. Masih membara. Tak sabar nak tunggu esok. Nak kongsi peluang dengan yang mahu. Ambil atau perturunkan tips untuk mantapkan lagi marketing plan. Masih ada lagi yang sedang demo. Hello bro dah pagi. Masih ada prospek lagi ke? Prospek datang dari mana tu? Pastikan benar-benar orang? hi!hi!hi!. Apa lah mengarut. Tidurla dari dok merapu gini.

5) Memang nak tidur. Tapi mata tak nak pejam. Tunggu sahur. Lepas subuh baru tidur. hi!hi!hi!. Jangan amal selalu. Tak bagus amalan tu. Malam Allah jadi untuk kita berehat. Tidur awal, bangun awal. Berqiamullai. Lagi bagus. Lagi molek. Lagi ngam.

6) Aku ada baca satu buku.  Kisah Allahyarham Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran. Tidur awal. Jam 4am dah bangun. Menelaah buku-buku. Kan moleh ggitu. Pagi lebih tenang dan mendamaikan.

7) Kita ni berniaga. Perniagaan kita ni berbeza dari meniaga-meniaga lain. Masa kerja ikut masa prospek. Kita tak boleh ikut masa kita. Kalu ikut masa kita, alamak tunggu mampuslah meniaga kita. hi!hi!hi!.

8) Prospek macam-macam perangai. Ada yang tengah malam baru habis kerja. Ada yang kerja sampai pagi, masa rehat jam 2,3am rehat. Masa tulah kita gi jumpa pun ada.

9) Tengahari ini, aku bersama cdm kartini, insyaalah akan ke safira club sekali lagi. Dah nekad nak ke sana. Kalau Allah izinkan kami. Mungkin cdm faridah pun ikut sama. Safira club selalu tak mengecewakan akademi taipan181. Sentiasa hangat. Sentiasa penuh. Orang lama ramai. Orang baru pun ramai. Ramai yang positif.

10)  Perjalanan beribu batu, mestilah bermula dengan langkah pertama. Berani buat, adalah paling penting kalau mahu berjaya. kalau mahu gengam duit beribu-ribu.

11) Selamat Bersahur. Semoga suksess.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger