Jom Follow

Rabu, 24 Ogos 2011

Rabu+Safira=??

Rabu.

datang lagi. bertandang lagi. bertemu lagi. suka ke tak suka. memang kena berjumpa dengan rabu. dari dulu lagi. rabu memang wujud. wajib ada. tak boleh tukar. ada orang suka. ada orang tak suka. bukan tak suka hari rabu. tak suka tugasan hari rabu. jangan salah paham.

dulu-dulu aku tak suka rabu. lebih-lebih lagi rabu minggu pertama setiap bulan. kenapa? meeting guru. paling boring. paling tak suka. paling menyampah. 2,3 jam dok tadah telinga. balik pulak cecah jam 5pm lebih. dengar leteran pengetua. nak buat itu, kena buat ini. nasib baik ada kudapan. tahan sikit, api keboringan aku. bukan aku je yang tak suka. ramai lagi. tapi senyap je. setuju. aku pun masa tu. angguk je. setuju je. cakap lebih-lebih pun tak guna. aku sekadar kuli biasa. sepak ke tepi, gi ke tepi. tiup ke kanan, aku ke kanan.

jadual hari rabu. padat. penuh kelas. tak ada releks. terkejar sana, terkejar sini. ngajar fizik. ngajar kat makmal. kena pulak kelas ramai pelajar sakit otak. selalu menyusahkan aku. tak makan saman. masuk kelas lambat. tak bawa buku. tak siapkan laporan amali. tak buat amali. dok kacau orang buat amali. macam-macam lagi. apa aku kisah. aku ngajar je. habiskan silibus. nak berjaya mereka. gagal pun mereka. masa depan kat tangan mereka. cikgu sekadar cakap. sekadar nasihat. sekadar bagi motivasi. tak nak dengar sudah. keluar result teruk baru tahu. nak sambung belajar pun susah. tak ada yang panggil.

hari ini. dah berubah. dah suka. dah tertunggu-tunggu.
rabu lebih menarik. lebih mencabar. lebih seronok. aku akan ke Safira Club. kutip semangat. kutip ilmu. belajar jadi hebat. belajar jadi tekun. belajar jadi juara. bukan dekat. pergi dan terus balik. kalau semangat biasa-biasa, tak sampai bro. hadiri kelas bop. dah 3 tahun berjalan. masih lagi berjalan. tak rehat, walaupun puasa. cuma mula lewat sikit. lepas terawih. orang tetap datang. orang tetap maintain. ramai yang boleh tahan. kadang-kadang melimpah sampai ke luar. dah 2 minggu berturut-turut aku ke sana. hari ini, insyaalah akan ke sana lagi.

tahniah buat pejuang taipan warrior. tak jemu-jemu buat. tak berhenti buat. Cdm Fitri dan Ddm Ayu teruskan perjuangan anda. bukan ada keseorangan. Cdm Abg Ali, Cdm Paksu, Cdm Mariam, sentiasa bergandingan membantu warga taipan.

Minggu pertama puasa aku tak gi.
Minggu kedua puasa aku, Cdm Kartini, Cdm Hasmidar yang ke sana.
Minggu lepas aku, Cdm Kartini, Cdm Faridah dan Cdm Dzul yang ke sana.
Minggu ini, belum tahu lagi.

Jumpa di sana..
Berbuka kat mana hari ini pun belum tahu lagi.
Solat terawih kat masjid mana pun belum tahu lagi.

Sebelum bulan puasa aku ke sana bersama Cdm Muhamad Razali, Cdm Nizam dan beberapa lagi leader yang ada network kat sana.

Aku dan Safira Club semakin mesra. semakin rapat. semakin bersatu. Bersatu menuju jaya. bersatu bina asas kekayaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger