Jom Follow

Selasa, 16 Ogos 2011

SACC MALL

SACC MALL. Meriah sambut raya. Menjadi destinasi orang ramai, cari keperluan raya. baju raya, kasut raya, kuih raya dan macam-macam lagi pasal raya. Bukan setakat itu je, banyak lagi keperluan lain ada kat sini. Semalam lebih kurang 3 jam aku lepak kat sini. Sambil tunggu cdm kartini berdemo. 3 jam tak terasa. sekejap. ada kerjo yang dibuat. dok perhatikan orang-orang membeli belah.
Pandangan dari aras 1. Aras aku lepak-lepak sambil baca buku. Orang tak ramai sangat lagi, tapi dah mula rancak peniaganya. Bonus dah masuk. Kat sini selesa nak memilih dan bergerak. Tak padat sangat kalau nak dibandingkan PKNS. Kat PKNS nak melangkah pun susah. Nak memilih pun payah. Bising pulak tu. Tak selesa, tapi tetap menjadi pilihan orang ramai. Aku yakin untuk tahun-tahun akan datang lagi ramai yang memilih bershopping raya kat sini. Bukan lagi lebihan PKNS sahaja. Lebih ramai, kalau nak dibandingkan dengan Anggerik Mall. Bagaimana pulak dengan Plaza Alam Sentral. Aku pun belum gi lagi. Persaingan hebat, banyak pilihan lagi.
dari atas aku tengok. seronok memilih baju raya. pindah dari gerai ke gerai. bersama anak-anak. happy bila dah dapat baju pilihan. tersenyum lebar bila kehendak terpenuh. berapa duit habis untuk persiapan baju-baju raya. satu pasang tu berapa? baju  melayu? baju perempuan? kadang-kadang bukan 1, tapi 3,4 pasang seorang. kasut dan macam-macam lagi. berapa duit habis. RM1000 cukup untuk 5 anak. peniaga pun senyum sokmo. layan jangan tak layan. senyum dan panggil customer. time raya boleh buat duit banyak-banyak. time lain, tak ramai yang membeli.

terpikir juga aku. orang susah. orang miskin. pekerja bergaji kecil. gaji bawah RM1000. ada anak 4 orang. dapatkah anak-anak mereka merasa baju baru. sepasang cuma. penuhi sesuap nasi lagi penting bagi mereka. belanja balik kampung lagi perlu bagi mereka. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger