Jam pilihan. |
Semalam. Ziarah IOI, bersama anak-anak. layan mereka. cuti sekolah. Si adik nak gi Empire, Subang Jaya. Si abang tak nak. Memilih ke IOI. Bapak juga ada pilihan. IOI juga. Dekat. Dah biasa. mulalah alasan-alasan. termakan juga Si adik. Adik kena mengalah. Bagi abang menang, dengan support si bapak.hi!hi!hi!.
Kenapa Si abang nak ke IOI. Nak beli jam. Jam baru. Jam raya kot. Aku pun pelik. Jam dah ada. Bukan 1, tapi 4,5 jam kalau tak silap aku. 2,3 hari, pakai jam lain. Kadang-kadang tu, tukar jam dengan kawan2. mula-mula tu aku bising juga. tapi lama-lama biarkan. dah gitu, zaman sekarang. Pelik. Aku tak pernah buat gitu. Jam pun pakai 1 tu je, sampai rosak atau dah tak mahu pakai. gitu ke pesen budak-budak skrg.
2,3 hari lepas. aku dah bawa Si abang ke Sacc Mall. Nak beli jam. Gi ke kedai jam. namanya aku tak pasti. tapi kedai jam. senyap. kelu. tak cakap apa. ajak aku keluar. ajak balik. cepatnya. aku tanya kenapa. mahal giler, jam kesukaannya. G-Shock. baru dia tahu. ingat murah jam yang dia dok pakai tu. itu maknya yang beli. duit mak.kali ini, nak jam kena guna duit sendiri. tahu sayang duit.
RM200 lebih. Aku tahu dia ada duit. Aku tahu dia cukup duit. Aku juga tahu, dia sayang duit. Susah-susah menabung. Beli 1 barang dah licin. balik tanpa beli jam. aku cite kat maknya. nak murah, gi ioi. beli kat kiosk. lagi murah. brand sama. buka ori. tapi sebiji ori. orang tengok pun tak perasan. orang tengok pun tak tahu. hanya pakar je yang tahu. itu pun mungkin buat-buat tahu. dunia sekarang ni ramai yang buat-buat tahu. padahal tak tahu.
semalam pun dia nak beli 2 jam. kenapa? saja je. nak gilir-gilir pakai. ok. tapi duit sendiri. habis! kenapa beli 1 je. beli pun macam tak puas hati. macam tak berapa suka. suka yang lain, beli yang lain. tunjuk yang lain, bayar yang lain. tentulah pasal harga. mahal. sayang duit. padahal semalam maknya bagi elaun yang tertunggak. dah 3 minggu tak bagi. RM100. extra lagi RM10. dia pilih 2. 1 harga RM70 dan RM50. Kalau nak 2 2 kena seratus lebih. kena guna yang dok simpan. sayang duit. tak jadi beli 2 2. hanya 1 sahaja, itu pun yang harga RM50. itu yang tak puas. tapi puas ke tak puas. itu pilihan dia. tak ada yang bagi tekanan. tak ada yang paksa. nak lebih. nak cantik. nak bombastik. kena sanggup bayar lebih. korban sikit la bang ooi.
zaman ini. pakai jam. bukan sekadar nak tengok masa. tapi dah jadi gaya hidup. dah jadi lambang kemewahan. berlumba-lumba nak nampak bergaya. nak nampak gah. nak nampak apa lagi. bila pakai jam baru. dok tunggu, bila la kawan nak perasan jam baru. bila la nak tegur, pasal jam. nak sekeh sekeh kepala. kenapa lambat sangat ni. tak kan nak cucuk mata dengan jam pulak, baru nak tegur. boleh jadi stress. kalau tak tegur. suami pulak ke marah. anak-anak pun kena tempiasnya. gara-gara berjam baru, tanpa dipedulikan oleh sesiapa. ade ke gitu. ke ini hanya cite aku je.
RM100K lebih. jam ggapo. apa lebihnya. nampak biasa-biasa. sama dengan jam aku. boleh try.hi!hi!hi! bagi penggemar jam, harga bukan soalnya. kena kaya dulu baru boleh jadi penggumpul jam. kalau tak dok telan air liur je lah. nak kaya kena berniaga. mana boleh makan gaji. nak meniaga apa. tak berapa reti. berniaga bersama akademi taipan181. memang akan diajar sampai pandai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan