Jom Follow

Khamis, 18 Ogos 2011

Dengarlah Jeritan Batin Ku.


  1. inilah kisah aku. Nama yang diberikan oleh syarikat aku ialah Horizon Treadmill t112-6. itu nama kat surat beranak. orang panggil treadmill. nama manja. rumah aku kat puchong. dah lama aku dok kat sini. 2007 lagi kalau tak silap aku.bersyukur dapat tuan sebaik mereka. mereka jarang-jarang menaiki kau. itu pun mula-mula dulu. mula-mula aku sampai. aku disambut meriah. hari-hari naik. hari-hari guna. kadang-kadang belum hilang penat. mereka naik lagi. tertanya sendiri. bila la nak berhenti. pagi naik, tengahari naik, petang naik, malam naik, tengah malam pun naik. gile ke. tak kerja ke tuan aku ni. oooi! aku penatla. jerit aku. tapi suara aku tak didengari. malangnya nasib aku, kalau selamanya begitu. aku dengar mereka dok cakap. kalau sampai bila-bila naik ini. kita akan sihat. panjang umur. aku dengar lagi takut. kalau boleh aku nak lari. tak nak dok kat sini. nak balik ketempat asal mula aku. namun hati kecil aku, puas dapat berbakti pada mereka sekeluarga. penat pun ok. sakit pun tak apa. dah aku dilahirkan untuk dinaik. aku dilahirkan untuk dijadikan hamba.
  2. aku ingat. nasib malang akan selamanya. aku ingat panas sampai ke petang. rupanya hujan ditengahhari. dari hari ke hari. dari minggu ke minggu. dari bulan ke bulan. aku kurang dipedulikan. macam dah tak berguna lagi. dah benci kot. kadang-kadang aku juga bosan. kadang-kadang aku terpikir-pikir, nak pindah tuan. kadang-kadang fungsi aku dah bertukar. jemur tuala. sangkut baju sekolah anak-anak dia. tempat letak baldi dan macam-macam lagi. aku benar-benar terluka. tapi apa boleh buat. terbuang jauh didaerah ini. sayang sekejap. benci berlama-lama. kadang terpikir juga aku. panggil ultramen datang selamatkan aku. bosan dah capai tahap gaban.
  3. sesekali aku dapat kiriman surat dari adik beradik aku yang lain. mereka seronok dapat berbakti pada tuan mereka. dari mula sampai kini masih sayang. masih naik. mereka suka, masih berjasa. 3 kali seminggu mereka digunakan, setiap kali guna 50 minit. tuan-tuan mereka dah slim. bukan sekadar cakap slim, tapi dah proof. mereka seronok. aku kecewa dengan sikap tuan aku. nak slim, tapi aku dibiarkan begitu saja. kadang-kadang aku terpikir nak tarik tangan mereka datang pada aku. naiki aku. gunalah aku. aku pastikan mereka capai berat badan idaman mereka. aku ada ramuannya. aku dah dibekalkan dengan ilmu itu. usahlah cari ilmu lain. usahlah jatuh cinta pada yang lain. basikal ke. main futsal ke. badminton ke. aku ada segala-galanya.
  4. pada suatu hari. setelah aku terbiar sepi. ketika sedih yang teramat sangat. tuan aku, kembali naik aku. gembira tak terkata. aku menangis. bukan sedih. tapi aku masih berharga bagi mereka. aku doakan agar selama-lamanya aku diguna. aku nak buktikan pada adik beradik aku. kalau mereka boleh slimkan tuan mereka. aku pun boleh. kami satu keturunan. aku pun tak nak kalah dengan mereka. mereka boleh aku pun boleh. motivasi tinggi. maklumlah tuan aku ni orang MLM. aku dengar cakap-cakap mereka.
  5. terpikir juga. mimpi apa aku punya tuan. tiba-tiba berubah. dari tak pandang, dah naik aku. dari tak jeling, naik aku. tak sampai 1 bulan. aku gembira. aku dilupa lagi. kenapa? aku kembali kepada tabiat asal. tunggu dah terus menunggu. terpikir juga. aku dilahirkan untuk jadi penunggu.
  6. kenapa tiba-tiba bertukar tadi. rupa-rupanya mereka tengok biggest loser. teruja nak slim. itu yang tiba-tiba aku diguna pakai. ingatkan lama, rupa-rupanya sekejap juga.
  7. baru-baru ini, aku sakit. dibaiki. terima kasih tuan. tuan aku nak main. tapi puasa pulak. kata  mereka lepas puasa, baru boleh main. kita tunggu sajalah. berkat ramadan. tuan aku lebih berdisiplin lepas ini. aku nak hidup enjoy dengan tugas aku. aku bukan murah. kalau tak digunakan sepenuhnya. membazir saja. tuan aku. dah berapa kali main. dah berapa kali berhenti.
  8. hatinya sering bolak balik. rajin dan malas. bangkit dan tidur.
  9. seingat aku, kalau dari mula aku tiba. mereka guna sepenuhnya aku. mereka sah slim nyelim. hilang penyakit-penyaki bawaan pemakanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger