Selamat Pagi.
Salam Ramadan.
Hari ini pagi-pagi lagi dah menulis. Seronok punya pasal. Happy punya hal.
Kenapa? Aku pun tak pasti.
|
Pasal buku inilah. Aku tak lena tidur. Aku malas nak tidur. Aku lawan mengantuk. Aku bercokoh kat bawah semasa kelas semalam. Lepas subuh baru tamat. Lepas zohor semalam aku mula baca. Dah lama aku beli 2009 lagi. Baca tak habis. Ulang pun tak habis juga. Beberapa kali cuba habiskan. Semalam aku pulun giler. Baca buku ini, menyuntik inspirasi untuk berjuang/ bermimpi lebih besar lagi. Tak rugi memilikinya. Sape-sape minat novel.Boleh beli. Menarik dan lain dari yang lain. Kena baca ayat demi ayat. Tak boleh lompat-lompat, kelak tak paham. |
|
Lepas asar semalam. Aku ke IOI. Cdm Kartini nak beli Samsung Galaxy Tab. Nak hadiahkan pada yag capai target bulan lepas punya meniaga. Bertuah sape yang dapat. Bukan mudah. Kena kerja kuat dulu, capai target dan baru dapat. Aku pula ambil kesempatan ke kedai buku Popular. IOI mana ada kedai buku lain. Dekat dan banyak pilihan. Ada kad ahli terus dapat diskaun. Kalau MPH tak ada, sekadar kad. 4,5 bulan baru hantar voucher. Kena gi tukar, baru dapat. Kadang-kadang hilang voucher tu. |
|
Ini semalam punya. Pasal buku aku tak berkira. Tak nak beli, tapi bila masuk kedai buku. Mesti beli, sekurang-kurangnya 1 buku. Buku terbaru Dr Faisal Tehrani, ' Sebongkah Batu di Kuala Berang'. Biasa buku-bukunya tak mengecewakan pembaca. Kalau baca, mesti habis cepat. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan