Jom Follow

Jumaat, 5 Ogos 2011

KIsah 3 Gambar.


Salam.
Jumaat.
Hari ke 5,
berpuasa.

Semalam aku ke MPH, SACC Mall, gi dengan Ddm Nizam dan Dsm Shamsul. Tak ada niat nak beli buku pun. Saja nak lepaskan ketagih je. Dah seminggu tak gi ziarah kedai buku. Tapi bila ternampak buku-buku ini. Beli ke tak? Dah nekad nak baca buku tafsir al-azhar. Kalau beli, mesti nak baca. Kalau baca buku-buku ini, bila nak habisnya buku tafsir al-azhar. Kalau tak beli, nanti tak boleh tidur. Dok teringat-ingat. Muhammad Ali Hashim tak akan kecewakan aku. Aku dah baca 2 buku tulisannya dan sering melayari blognya. Amat menarik dan menyuntik semangat untuk terus berniaga dan menjadi kaya. Bila kaya lebih senang nak bantu mereka yang memerlukan dan naikan martabat ummat islam di Malaysia. Manakala buku satu lagi itu, terpikat dengan tajuknya. Tak pernah baca buku tulisannya. Namanya popular bila menang pilihanraya ke 12. Mengalahkan Datu Seri S Sami Vellu. Tambahan dia, adalah orang yang ditahan sebelum Bersih 2.Aku dah baca sikit semalam. Ternyata menarik dan tak rugi aku memilikinya.

Apa ini? Ni aku nak cite. Garam buluh. Setiap hari aku mesti minum. Tak boleh tidak. Khasiatnya memang banyak. Aku tak nak cite banyak-banyak. Sejak aku meminumnya, ternyata kesihatan aku semakin baik. Lebih bertenaga. Lebih sihat. Gi hospital, sakit apa pun, masuk air dulu. Jantung, demam, diabetis dan banyak lagi.Air garam dulu yang dimasukkan. Ini tandanya air garam amat penting pada tubuh. Garam buluh, ini memang dibuat untuk diminum.
Kat mana ni? Apa yang dibuat? Kat Anggerik Mall. Booth untuk kembangkan perniagaan. Tempat cari kontak. Tempat tambah senarai nama. Tempat bertemu dengan stranger. Tempat untuk belajar macamana nak cari stranger. Mula-mula berniaga, cara gini banyak membantu kembangkan jaringan. Beri keyakinan untuk kita berhadapan dengan orang yang kita tak kenal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger