Jom Follow

Isnin, 15 Ogos 2011

Kerja hari ini!!!


Salam Ramadan.
dah jam 6.20pm.
lebih sejam lagi akan berbukalah umat islam yang mendiami bumi KL, Putrajaya dan sekitarnya.
Tak sabar rasanya nak melantak. hi!hi!hi!. 
Apa menu anda hari ini? Ada yang masak.
Air tangan ibu. best! lebih sedap. lebih berkat. 
Ada yang beli di bazar ramadan.
Setiap ceruk ada orang berniaga.
Lepas ramadan akan tutup.
Dah hilang semangat berniaga.
Nak makan gaji je, kerja mudah.
Tiap-tiap bulan masuk dan pasti.

Bazar ramadan.
macam-macam ada. 
pilih dan bayar je.
pilihlah gerai yang utamakan kebersihan.
jangan main sapu je, nanti keracunan.

aku baru sampai rumah.
keluar berniaga.
gi 2 destinasi dengan niat
dan tujuan yang berbeza.
Tapi hujungnya tetap sama.
Kenapa berbeza?

satu, 
tunjuk secara praktikal
 macamana nak memulakan perkenalan
dengan stranger.
ingat stranger adalah sahabat kita
tetapi belum kita jumpa.
kalau dah sahabat,
buat apa takut nak tegur.
buat apa segan nak bagi salam.
Ini kat Shah Alam.
mula jam 11am sampai jam 1pm.
hasil yang positif.
dan perlu diduplikasi oleh ramai lagi rakan kongsi.

satu lagi,
kat Bangi.
tunjukkan/bimbing untuk closing.
orang baru menjebakkan diri dengan perniagaan ini.
prospek masih ramai, malah prospek ofer diri untuk didemokan.
teruja nak tahu dengan detail, meniaga apa yang menakjubkan.
dah ada proof. dah ada statement. Duit dah masuk. Dah belanja pun.
berebut-rebut nak dengar. Malah takut tak sempat bulan ini pulak.
hi!hi!hi! acah je tu. Jangan ada yang stress,
malah malam ini pun kena turun Bangi lagi.
setiap kali turun, jarang mengecewakan.
Kalau kecewa pun pasal bank kedekut sangat nak bagi dana.
bagilah supaya ramai-ramai orang kita boleh berniaga.
bagilah supaya ramai-ramai orang kita boleh hidup senang
melalui perniagaan yang mula mereka ceburi dan minati.
Jangan matikan minat dan cinta mereka. 
Permudahkan urusan dana. 
Bukan banyak pun sekadar berapa yang dapat,
asalkan boleh mula.

mulakan hidup baru.
mulakan misi dan visi baru.
boleh keluar dari dunia kelam
menuju dunia yang penuh ceria.
dunai mereka sentiasa panas,
menuju dunia yang cool.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger