Jom Follow

Rabu, 17 Ogos 2011

Rabu!

  1. Salam Ramadan.
  2. Ada negeri yang bercuti. Ada juga yang tak cuti. 
  3. Negeri yang cuti hari ini; Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu.
  4. Negeri yang tak cuti; Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan.
  5. Pejam celik, pejam celik dah 17 hari berpuasa. Tak terasa masa berlalu. Sibuk bekerja. Lagi sibuk sebab kerja sendiri. Kerja lebih, masyuk lebih. Oleh kerana raya kena pakai duit lebih, kena kerja pun lebih. Lepas raya lagi banyak pakai duit. 
  6. Dah masa fasa ke 2. Baca Quran belum habis lagi. Bila nak habis? Bila nak khatam? Kata nak 2x khatam tahun ini. Jangan cakap je besar. Tong kosong memang kuat bunyinya. 
  7. Ibadat-ibadat lain macamana? Ada peningkatan? Atau sama je dengan bulan-bulan lain. Tak payah orang lain. Diri sendiri tu buat ke tidak. Terawih penuh ke tidak. Asyik pulang awal. Solat witir pun tak buat. Orang lain yang balik awal tu, solat witir kat rumah. Solat witir sebelum sahur. Awak tu, balik awal, tak buat apa satu. Solat-solat sunat tu buat ke tidak? Ini lagi penting, solat berjemaah ke tidak? Mesti ada peningkatan dari bulan-bulan lain. Kalau boleh 5 waktu secara berjemaah. Mesti. Jangan tak. Rugi besar. Berzikir ke tak? Ke asyik dok ccaro hal orang lain. Lidah tak puasa.
  8. Belum tentu dapat bertemu dengan ramadan tahun depan. Ramadan terakhir. Aik! tahun ini pun belum tentu sampai habis kau berpuasa tu. Sempat raya ke tidak? Sempat bermaafan ke tidak. Mati bila-bila. Jangan dok sedap. Tua mati,muda mati, sakit mati, sihat pun mati. Dah banyak kes yang kau dengar pasal orang mati.
  9. Ramai tak suka cakap pasal mati. Padahal cakap banyak pasal mati, kalau ajal tak sampai. Kita tak akan mati. hi!hi!hi!
  10. Kita yang berniaga ini. Umur tersisa, buatlah sungguh-sungguh. Cepat-cepat jadi Cdm. Pangkat tu boleh diwarisi pada anak-anak. Tinggalkan harta pada mereka. Jangan pulak tinggalkan hutang pulak. Tak salah kita tinggalkan harta pada mereka. Kita dengar orang kaya tinggalkan harta berjuta bagi setiap anak mereka. Dok ke senang anak mereka. Ada orang cakap, nak harta cari sendiri. Betul. Kalau kita boleh bagi apa salahnya. Kita bantu anak kita bayar muka kereta. Kita bantu anak kita bayar muka rumah. Kan senang anak kita.
  11. Ada orang masih bertangguh dari buat betul-betul. Macam-macam tunggu. Tunggu selesaikan masalah itu. Masalah ini. Hidup ini kalau nak tunggu tak ada masalah baru nak bergerak. Alamak tak akan mula sampai bila-bila. Mana tahu, terjadi sesuatu kepada kita, atau keluarga kita dan perlukan duit yang banyak. Masa tu baru nak menyesal. Tak buat sungguh meniaga yang boleh buat duit banyak. Rugilah kita.
  12. Hari ini sekali lagi aku, cdm kartini dan cdm faridah. Akan turun ke safira club. Ingin bersatu dengan taipan warrior. Semangat kami bersatu semangat taipan warrior pasti beri impak yang hebat. harap-harap malam ini,lebih ramai lagi yang hadir ke kelas. bawa ramai-ramai prospek baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger