Jom Follow

Selasa, 2 Ogos 2011

Ramadhan-Azam Aku


Salam Ramadhan.
Bulan penuh keberkatan.
Bulan pengampunan.
Bulan turunnya Al-Quran.
Bulan dalamnya ada malam lailatul qadar.

setahun menghilang.
kini muncul lagi.
syukur kita masih diberi kesempatan,
bertemu lagi tahun ini.

azam aku tahun ini.
nak solat terawih penuh.
kalau boleh gi masjid yang buat 20 rakaat.
nak khatam al-quran sekurang-kurangnya 2 x.
nak habiskan tafsir al-quran,
buku tafsir, al-azhar,
hasil tulisan HAMKA.
aku mesti bersahur.
aku mesti solat witir setiap malam,
aku mesti berqiamullai setiap malam.
aku mesti banyak doa, zikir.
aku kena kurangkan makan.


buku tafsir al-azhar
dah lama beli, 
asyik baca sikit-sikit.
baca sikit, tak baca,
cerlang, cerluk je buat.
tak tahu bila nak habis.
tahun ini.
tahun terbaik 
untuk aku habiskan.
tahun depan belum tentu kamu 
dapat bertemu dengan ramadhan.
 
buat.
tak payah cakap banyak.
buat baru jadi, 
sekadar cakap,
tak guna.

sungguh-sungguh buat.
bukan buat main-main.

 
Ramadhan.
bukan sekadar tak makan, tak minum
lain-lain pun kena puasa juga.
lidah kena puasa.
mata kena puasa.
telinga kena puasa.
tangan kena puasa.
kaki kena puasa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger