Salam Ramadan.
Selamat berpuasa.
Selamat berterawih.
Selamat bertadarus.
Selamat bersedekah.
Harap semuanya selamat.
Dapat jalani ibadat puasa dengan sempurna.
Lebih baik dari tahun-tahun lepas.
Lebih berkualiti dari tahun-tahun lepas.
Mesti ada peningkatan.
Kalau tak rugilah kita,
Tapi kalau dah terbaik,
carilah mana-mana ruang
yang boleh ditingkatkan lagi.
Aku pun mesti tingkatkan kualiti.
Anggaplah ini ramadan terakhir.
Tahun depan belum tentu kita bertemu lagi.
Semua kita dah maklum,
keistimewaan bulan puasa.
kelebihan bulan puasa.
Ganjaran amalan kebajikan dibulan puasa.
Rebutlah sebanyak-banyaknya.
Jangan biarkan iannya berlalu begitu sahaja.
Masih leka dengan kehidupan yang melalaikan.
masih leka dengan hiburan yang merugikan.
Apa peningkatan yang boleh dibuat.
bukan aku nak mengajar,
tapi sekadar berkongsi bersama.
aku pun bukan pandai/alim sangat.
sikit-sikit tu retilah juga.
aku tulis pun apa yang aku mesti buat.
aku tulis pun apa yang mesti aku tingkatkan.
hari demi hari kena buat muhasabah.
bandingkan hari ini dengan semalam.
mana lebih baik,
kualiti puasa kita.
biasanya kita dah boleh tahu/ rasa.
hari mana yang lebih baik.
itu belum lagi,
dibandingkan dengan tahun lepas.
perbanyakkan;
solat terawih,
taubat,
baca al-quran,
berzikir,
tahlil,
tahmid,
tasbih,
solat-solat sunat.
akhirkan bersahur.
doa.
bersedeqah,
sambung silaturrahim,
elakkan pembaziran.
makanan berlebihan.
terutamanya beli kat bazar ramadan.
masa lapar semuanya sedap,
semuanya mahu,
semuanya boleh habis.
beli sikit kuih itu,
sikit kuih ini,
nasi ayam, nasi tomato, ayam percik,
daging bakar, ikan bakar,
laksa, nasi kerabu,
mana satu nak makan.
berbuka kena air segelas dan
kuih sebiji 2 dah kenyang.
lain-lain tu bila nak makan.
ada yang terbuang begitu saja.
ini pengalaman aku sendiri.
aku selalu gi bazar ramadan taman seri serdang.
padahal berbuka dengan nasi dan 1 lauk pun dah cukup.
sikit makan, nak solat terawih pun mudah.
bila terlalu kenyang,kadang-kadang terawih pun terlepas.
tapi bagi bermacam-macam alasan,
padahal letih kerana kekenyangan.
kena air tuak 1jag.
kena air tebu 1 jag.
kena air kelapa 1 jag.
kena air oren 1 jag.
bercerita berdasarkan pengalaman sendiri.
satu lagi kelemahan kita,
suka tidur lewat.
bila tidur lewat,
bangun sahur pun lewat.
dah lewat,
bangun pun dalam keadaan mengantuk.
lepas sahur, sambung tidur lagi.
adakalanya terlepas solat subuh.
bukankah lebih baik, tunggu solat subuh dulu,
kalau boleh bersolatlah kat masjid-masjid atau surau.
adalah lebih bagus lagi,
bangun awal, solatlah dulu.
berdoalah dulu.
lepas tu, baru makan sahur.
jadikan ianya satu rutin tetap
setiap malam.
catatan mat din yang sering lupa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan