Jom Follow

Ahad, 14 Ogos 2011

Aiman Suka Bola.

Terkejut dengan tindakan Aiman.
Potong foto dari surat khabar dan tampal kat buku.
Nak buat apa buat gitu.
Minat baru ke atau tak tahu nak buat apa semalam.
Penuhi masa, seolah minat sakan. Ambil hati aku sebab dia tak gi tiusyen.
Apa-apa pun itu politik budak-budak.

Aku memang percaya dengan anak jantan aku ini.
Minat sangat dengan bola sepak, terutamana EPL  serta kancah bolasepak Malaysia.
Nama-nama pemain EPL dia tahu. Majalah-majalah bolasepak selalu dia beli.

Dari mana datang minat dia?
Pikir punya pikir.
Mungkin semasa Cdm Kartini mengandungkan dia ketika kancah Piala Dunia 1988.
Aku minat juga. Tengok juga. Tapi selalu tewas dengan mengantuk.
TV tengok aku itulah yang selalu terjadi.
Lama-lama tidur lagi baik. Bangun pagi, tengok keputusan. Lagi cun.


Buku mana yang dia sapu. Tampal dengan gambar-gambar pemain bola sepak EPL.
Gunting jangan tak gunting. Pak sedaranya turut membantu dia memilih gambar-gambar yang patut diambil bagi memenuhi minat barunya itu.
Aku pun sikit pelik. Minatnya terhadap bola sepak begitu tinggi. Peminat Kelab Liverpool. Sebahagian besar pemain dikelab-kelab utama EPL dia tahu. Pindah mana pun dia tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger