Berkongsi suka duka yang ditemui sepanjang perjalanan menuju 'pulau impian', bersama Akademi Taipan181. Adakalanya menempuh jeram dan adakalanya melalui liku. Semuanya terangkum dalam catatan ini. Harap ada yang sudi membacanya.
Jom Follow
Selasa, 16 Ogos 2011
Isnin 3; Demo lagi.
Salam Ramadan.
Baru sampai rumah. ada demo. 3 tempat berbeza. 2 kat Bangi dan 1 kat Puchong Prima. syukur misi tercapai. positif. nak pi kelas bop dan baru buat keputusan. doa-doakan agar terus melekat. kita dah kerja. malah dah kerjakan habisan tadi. tak melekat, kena jumpa lagi. tak melekat, jumpa lagi. tak melekat, jumpa lagi. sampai bila kena jumpa. terpulang pada kita. kalau rajin,sampai melekat. jumpalah sampai 10,20 kali. hi!hi!hi!.
itulah dia follow up. jumpa lagi itulah follow up. gi pujuk itulah follow up. jadinya follow up adalah kerja penting selepas didemokan. jangan harap prospek terus melekat dengan sekali jumpa. mana tahu kena sampai 10x, baru sangkut. ada berani ka? sape berani,sila angkat tangan.hi!hi!hi! melawak pulak dah. saja je,tak bagi ngantuk. dah pagi. alam dah sepi. dengar pun anjing liar yang tak lena tidur. kita sendiri pun join setelah beberapa kali dipujuk. dirayu. dirasuah dengan cenderahati luar negara. hi!hi!hi!.
jumpa prospek. cite simple. cite tambah duit. cite buat duit. cite mudah-mudah. tak payah putar-putar. tunjuk bukti cek.cek mereka yang dah buat. lepas tu, jawap soalan prospek. jawap dengan yakin. jangan ragu-ragu. jangan menipu. prospek tahu, kalau kita tipu. jangan cakap besar. jangan cakap ego.
boleh ke saya buat? boleh ke saya kaya? boleh ke saya jadi macam 'akak'? jawabnya boleh. buat apa yang 'akak' buat. itu je formula nak jadi. mereka yang gagal. tak buat apa yang 'akak' buat. mereka sekadar dengar. masuk telinga kiri, keluar telingan kanan.
demo kat bangi. aku tunggu kat keta. boleh pulun baca buku. kat rumah, tak sempat.banyak kerja kena buat. seronok berniaga. masa free banyak. boleh buat apa yang kita minat. demo ke 2 juga kat bangi. aku pulak, tunggu kat BB tomyam, bangi. makan-minum baca tonton tv. puas hati.
resultnya. nak buat.setuju dengan plan. boleh buat duit. boleh keluar dari kehidupan hari ini yang sedikit kelam. boleh masuk ke dunia lain pulak. ada yang dah kerja hampir 5 tahun. gaji tak sampai rm1500. dok kl. mana cukup. mana nak bayar sewa rumah. bayar loan keta. bagi kat orang tua. nak balik kampung. tak cukup brader. kena buat 2 kerja. jadi kami ofer, kerja ini. buat mlm. masa kerja, ikut mereka. free mereka buat. malam mereka gerak. mudah.simple. tak ada tekanan. buat dana pun sikit. ambil barang pun 2,3 je. tak membebankan. dana boleh settle dalam masa 3,4 bulan. kalau mahu. tak mahu terpulang.
sape punya kaki tu. sape punya kontak. nanti anda boleh jumpa. orangnya biasa-biasa. tahu sape nak jumpa. sape nak dikongsi. tahu sikit-sikit latarbelakang prospek. senang nak masuk. kawan-kawan semua. kawan-kawan dia atau kawan-kawan suami. kongsi dulu dengan yang dikenali. habis baru cari stranger.
pagi ini pun kena gi lagi. kutip dokumen. sain menyain.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan