Jom Follow

Sabtu, 20 Ogos 2011

Buka puasa bersahabat geng akademi..


Sahabat blog.
berbuka kat mana. kat rumah, kat luar. kat warong, kat hotel.
bersama pasangan. bersama anak-anak. bersama tunang, bagi yang dah ada tunang. bersama kekasih, bagi yang ada.

aku ada agenda juga. berbuka puasa kat luar. bersama-sama rakan niaga. maklumlah orang berniaga. mesti ramai kawan berniaga. dah jadi tradisi. setiap tahun buat. berkumpul ramai-ramai. berbuka bersama. masing-masing bawa makanan. mu sikit, aku sikit. mu bawa kuih, aku bawa mee, kau bawa laksa dan macam-macam lagi. banyak juga akhirnya. masing-masing ni dok kalut. masak. mesti terbaik punya. paling sedap punya resepi. nak bagi orang makan. mestilah terbagus.

kat luar tu kat mana. kat biasa la. kat usj 9. usj taipan pun orang panggil.

ramai ke? aku pun tak pasti. biasanya ramai. tahun ini, pun ramai. hi!hi!hi! Insyaalah. SMS tu pada semua leader. datang ke, tak datang aku tak pasti la. mana yang sampai,itulah yang datang. pasti meriah. pasti seronok. mana taknya. makan ramai-ramai. cite pun macam-macam keluar.ooops!bukan pasal orang lain. cuma pasal meniaga je. nak besarkan meniaga. nak ramaikan lagi kelas.

Tomyam udang galah...best. menu utama dari dapur kami.

Daging goreng.
Ayam goreng bercili dengan kacang panjang.
ikan kering...
Sambal bersama sahabat setianya...petai, jering, timun batang..

Sahabat blog.
aku dah nak pergi!!!
jumpa lepas ni.
jangan lupa liverpool main malam ini.
jangan lupa solat terawih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger