Jom Follow

Jumaat, 26 Ogos 2011

Dah Closing...


sahabat blog.
sahabat akademi taipan.

jam menuju 6.30pm. 1 jam lagi. 60 minit saja. buat kerja sikit. lagi cepat masa bergerak. kalau dok menung, memang lambat lagi. apa-apa pun sabarlah semua.

hari ini. hari terakhir berbuka kat KL. esok akan berbuka di negeri serambi mekah. negeri kami suami isteri. Insyaalah, malam ini bertolak. lepas aiman tiusyen. harap sempat sahur kat kg. sepanjang hari dok doa, agar tak sangkut jam. ramai yang akan balik malam ini. jalan pasti sesak. kalau kena pun bukan aku sorang sahaja. ramai-ramai yang kena. kalau tak ramai, mana boleh jam. hi!hi!hi!. insyaalah akan balik ikut Grik.

biasa jam. Pandan Indah. Tol Gombak. Tol Karak. Bentong. Raub. Gua Musang. Kuala Krai- Machang(paling teruk). Minyak isi penuh. nanti kena beratur panjang nak isi. pernah berlaku, minyak kat stesen minyak habis. lagi parah. 

bekalan sahur mesti ada. kedai makan penuh. silap-silap makanan habis. ini pengalaman.

semua orang sibuk. sibuk buat kuih. sibuk beli baju. sibuk beli barang kemas. sibuk servis kereta. sibuk hantar tempahan. macam-macam sibuk. anak-anak sibuk dok tanya 'bila nak balik?' ada juga yang sibuk closing. ada sibuk tukar duit. sibuk bermaaf-mafaan sesama rakan pejabat. sibuk kemas barang nak wat balik kg. jangan lupa baju raya.
Buku-buku dari MPH Alamanda.

aku macam biasa. pastikan ada buku yang aku bawa balik. tadi lepas jumaat, gi MPH Alamanda, jam 3pm. beli bekalan. cari buku terbaru. syukur. dapatlah 3,4 buah. beli kat dbp pun belum habis lagi. tak apa. baca kat kg nanti. banyak masa. kalau tak tak tahu nak buat apa.
Ini pun bagus.
sekejap kat mph. tak puas. tiba kat situ. dapat call. suruh ambil anak balik sekolah. alang-alang dah sampai , masuk juga. pilih buku pun kalut. nak cepat. mana yang sempat, jr tengok. biasanya kena 1,2 jam baru puas. pilih dan tengok buku. satu kepuasan bagi aku. sebelah kedai buku, tu kedai emas....semalam beberapa sahabat niaga ke sana. apa lagi kalau tak....tak payah ulas. baca blog ini.

bayar. terus keluar. start keta, menuju usj. ikut highway belakang putrajaya. sangkut. ada keta rosak. tag n go pun habis duit. beratur bayar tol juga melambatkan perjalanan aku. jam 4.10pm, sampai kat sekolah anak. at tamimi international schoo. sikit lambat. semua pelajar dah balik. tinggal mereka bertiga dan seorang guru. anak aku, dan 2 anak cdm roshila. kesiannya. maafkan papa wahai anak ku. bukan papa sengaja lambat, tapi papa lambat tahu yang papa kena gi ambil baby.

Sahabat MLM.
dah closing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger