syukur.
berbuka hari ini dengan nasi lemak. sambal bilis. wow! sedapnya. tambah pula dengan telur rebus. nikmat tak terkata. makan pula dengan isteri dan anak-anak.cdm inda dan suami pun ada. kuih akok yang lembut dan sedap. melantak bukan main banyak lagi tadi. kekenyangan. kalau boleh nak tidur sahaja. tapi apakan daya, nikmat bertemu bulan ramadan serta solat terawihnya lagi bernilai. lebih bernilai dari nasi lemak yang aku kata sedap sangat itu. nikmat itu, tak bernilai selepas mati. tapi pahala solat terawih akan kekal dan berguna selepas mati nanti. jangan mengalah dengan kenyang. sekejap lagi ok la tu.
sediakan diri nak gi masjid. sediakan jiwa nak bersolat. pergi saja. jangan dok pikir letih. jangan dok pikir kenyang. balik solat nanti kita sama-sama pikir. letih ke, lapar ke. bukan jauh pun surau. hanya 1 km sahaja. jalan kaki pun sampai. merangkak pun sampai. kamu tu ada motor. kamu tu ada kereta. tak akan tak boleh sampai kot. buat malu je, kalau kau tak gi malam ini. tidur dalam kekenyangan tu tak ada pak edahnya.
dah 10 hari terakhir. jangan pulak hanya awal-awal je gi solat. sepatutnya masa ini makin rajin. solat lebih rajin. baca quran lebih rajin. doa lebih rajin. zikir makin rajin. puasa dah nak gi. tahun depan belum tentu jumpa lagi. dah ramai mereka yang tak sempat bertemu ramadan tahun ini. mereka tu sedara-sedara kita. mereka tu pak cik kita. mereka ayah kita. mereka ibu kita. mereka tu jiran tetangga kita. mereka tu orang kampung kita. mereka tu rakan sepejabat kita. mereka tu rakan niaga kita. mereka itu sekelas kita. tapi kita, Allah sempatkan. oleh itu gunalah sebaik mungkin. sekarang tak nampak lagi. lepas mati nanti, baru tahu.
meniaga, meniaga juga. solat kena juga. bukan lama pun. kalau buat 8 rakaat, 9.30pm dah siap. lepas tu bolehlah gi demo. lepas tu boleh gi kelas. lepas tu boleh jumpa dengan upline. lepas itu boleh gi jumpa dline. buat dulu. besar pahalanya. aku pasti/yakin Allah akan mudahkan segala urusan kita. mana tahu, mudah closing. mana tahu, masuk pakej penuh. mana tahu, seorang yang kita nak jumpa, tiba-tiba 2,3 orang yang datang meneman. skali yang meneman tu yang join. mana tahu. bukan kerja kita.
ok dah. dah azan isyak. aku nak gi solat dulu. lepas ini kita sambung cite lagi.
salam.
aku yang pelupa..
bersambung lagi. aku harap masih ada yang sudi membacanya. entry aku ini biasa-biasa. kadang-kadang ok. kadang-kadang tak ok. baru balik dari surau taman bukit kinrara. kat situlah aku bersolat terawih tahun ini. hanya 2x je aku solat kat lain. itu pun masa aku ke safira club. malas nak ke lain. malas nak jajak surau dan masjid. lebih selesa tempat sendiri. imam jemputan pun ok. bacaan sederhana. tak laju dan tak lambat. ok la. solatnya pun 8 rakaat. witir aku buat kat rumah. itu pun tak selalu buat. kalau nak 20 boleh sambung sendiri kat rumah. atau yang nak lebih boleh ke surau atau masjid yang buat 20. tak ada masalah. pilihan ditangan kita. jangan dok bising-bising.
dah tak ramai. awal-awal dulu. melimpah sampai ke luar. sekarang ini, kat dalam dah cukup. kat luar tu hanya jemaah kanak-kanak. itu semua tak penting. asalkan aku yang hadir. asalkan aku yang pergi. asalkan aku bersolat terawih. Ya Allah pilihlah aku untuk bersolat terawih untuk hari-hari seterusnya. pi solat pun kena ikhlas. jangan nak bangga sangat. sampai akhir pun aku masih gi. Allah terima amalan ikhlas saja.
lepas ini aku akan ke USJ taipan. gi ttc. ttc terletak di USJ 9. satu deret dengan bank alliance. sebelahan saja. ttc terletak di tingkat 1. atas kedai hardware. berdepan dengan stokis ng. hujung sebelah sana restoran al-munawarah. ada kerja sikit. nak indahkan lagi bilik WAB. cat baru. hiasan baru. biar lebih menarik.biar tak jemu memandang. dok lama pun boleh. nyaman sekali. prospek datang teruja. prospek datang memberangsangkan. prospek datang bisa close. hi!hi!hi!. meniaga pun kencang kembali. meniaga melonjak kembali. suasana kembali meriah.
ok.
aku dah nak pi sekarang.
nanti jumpa lagi lepas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan