Jom Follow

Khamis, 25 Ogos 2011

"Terima Kasih Adikku"

Nama; Muhamad b. Omar.
Dah 34 tahun menyedut oksigen di bumi bertuah.
Rakan baru Akademi Taipan181.
Asal Sungai Tempawang Kedah.
Seorang pendidik sedang mengajar di sekolah
SK Bandar Baru Sungai Lalang Sungai Petani.
Dah 14 tahun mendidik anak bangsa mengenal aksara.
Baru join minggu lepas.
Baru 2 kali memenuhi panggilan Safira Club.
Biasanya hadiri kelas di Sungai Petani.
Kenapa join?
Nak memiliki rumah sendiri.
Nak bantu adik beradik keluar dari kehidupan hari ini yang sempit.
rata-rata kerja kilang dan menoreh dengan pendapatan yang tak seberapa.
Punyai 4 kakak dan 2 abang serta anak buah 22 orang.

Kata-kata yang terpahat dihati dan jadi pendorong utama nak join.
"Nak ubah hidup yang ada sekarang".

Aku cukup terharu bila dengar kisahnya semalam. Apa yang aku paparkan ini sedikit sahaja.
Mungkin aku tak pandai menulis sehingga menyentuh hati kecil anda semua. Percayalah keinginan dan hasratnya ingin bawa adik beradiknya keluar dari kehidupan sempit hari ini adalah hasrat yang amat mulia. Marilah kita doakan agar Allah memudahkan perjalanan perniagaannya.

Telah banyak pemgorbanan yang telah dibuat untuk kehidupan mereka, tapi masih belum cukup untuk keluar dari kehidupan tersebut. Terpanggil mencuba berniaga bersama Akademi Taipan181, mana tahu di sini jalan keluar terbaiknya. Bukti depan mata, dah bertemu,dah berbicara, dah berjumpa, dengan mereka yang dah berjaya. Keinginan untuk berjaya begitu kuat. Membuak-buak. Aku yakin kalau semangat ini, sentiasa dia bawa dalam perniagaan. Dia akan berada di puncak dalam masa yang singkat.

Jangan peduli dengan kata-kata orang yang tak suka pada perubahan.
Langkah baru bermula. Gendang baru dipalu. Perkuatan langkahmu. Perkuatkan kuda-kudamu. Perkuatkan mindamu. Laungkan sekuatnya.

"aku boleh"
"aku hebat"
"aku pasti berjaya"(insyaalah)

biarlah laungan itu nak terus ke langit sana.
biar semua makhluk dengar suaramu itu.
maka semuanya akan doakan kejayaan mu.
kejayaan (insyallah) pasti kamu gengam jua.
kamu akan lihat kegembiraan pada wajah-wajah ahli keluargamu.
mereka akan pelukmu. mereka pun sama-sama ucapkan.
"terima kasih adikku"
saat ini pasti tiba, jika langkah mu tak terhenti dijalanan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger