- Salam Ramadan. Dah 20 hari pose.
- Aku suka buat janji. Janji dengan diri sendiri. tak sangkut dengan orang lain. kalau sangkut pun dengan isteri dan anak-anak. janji dengan diri sendiri mudah. janji dengan diri sendiri senang je. kalau aku tak buat pun tak ada yang tahu. aku pun tak pernah bagitahu. macamana orang lain nak tahu. hi!hi!hi!
- Macam-macam janji aku buat. Janji nak masuk kelas bop. tapi gagal aku tunaikan. aku tak tahu kenapa. dari rumah, dah janji dengan diri, nak naik, nak masuk, nak dengar sampai habis kelas. sampai kat Ng, gagal janji aku itu. kaki berat melangkah naik.
- Aku juga dah janji. setiap hari, bangun tidur, minum garam buluh. tak jadi juga. langgar janji.
- Aku dah janji dengan diri, nak kurangkan makan nasi. langgar janji juga. tengok sedap. tak kan makan sikit. rugi rasanya. melantak habis. kadang2 ketawa sendiri. janji yang sering terlupa. nasib baik orang lain tak tahu. aku pun tak pernah cakap. cakap dengan diri sendiri. hi!hi!hi!
- Aku dah janji tak nak sepahkan buku. tak jadi. bersepah juga buku. hujung sini ada, hujung situ ada. bagi aku senang nak baca. lepas baca simpan balik. tak jadi. langgar janji. nasib baik janji tu tak sangkut dengan orang lain.
- Aku juga berjanji nak sent sms pada leader2. bagi suntikan semangat. tak jadi juga. dah berbulan-bulan tak buat. langgar janji lagi. janji yang terlupa.
- Sape lagi yang senasib dengan aku? janji yang terlepas tunai...
Berkongsi suka duka yang ditemui sepanjang perjalanan menuju 'pulau impian', bersama Akademi Taipan181. Adakalanya menempuh jeram dan adakalanya melalui liku. Semuanya terangkum dalam catatan ini. Harap ada yang sudi membacanya.
Jom Follow
Sabtu, 20 Ogos 2011
Janji Yang Tak Tunai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan