Jom Follow

Jumaat, 12 Ogos 2011

Terjah Semalam.

Ini semalam punya terjah.
Lepas demo kat Bangi.
terterjah restoran asam pedas bangi.
tempat kesukaan aku.

Wow! Banyaknya lauk pauk. Ini restoran asam pedas, seksyen 7 bangi. bukan bazar ramadan mana-mana. depan kedai bukan khemah. macam-macam ada. semuanya menyelerakan. semuanya sedap. semuanya nak makan, kalau ikutkan hati semua nak beli. sikit-sikit pun jadi.

Periuk-periuk ni pulak asam pedas. nama pun restoran asam pedas. tak kan nak jual patin tomyam pulak. hi!hi!hi! jangan marah. ke sini aku belasah asam pedas je. kena ikan kembung. kena ikan terubuk. wow! sape yang teringin sesangat nak merasa patin tomyam. kita gi sama-sama bersahur kat mentakab. setkan masa, aku ni ikut je. makan sikit-sikit tu boleh lah. Maklumlah diet sedang berjalan. nanti rosak pulak semua impian dek ajakan geng2 makan.

Patin tempoyak. Tak gi Mentakab, kat Bangin pun ok juga. Semalam kena kepala patin. Menyelerakan. Itu yang makan lebih semalam. Diet terbatal semalam. hi!hi!hi!.Tak apa hari ini dan seterusnya diet lagi. patin matin ini sensitif. nanti ada yang meroyan pulak. tak kena patin tomyam. tahun-tahun lepas mesti kena walaupun sekali. Mentakab tu hanya 90 minit boleh sampai.
Kuih muih melayu. banyak pilihan. jangan belasah semua. beli yang nak je. kelak tak habis. membazir! akok. mertabak. jadi pilihan. itu je ke beli. lain-lain talam tu tak beli.

Ulam-ulaman. organik? tak pasti. jantung pisang celur, pucuk pegaga. pucuk ubi. menyelerakan bagi siapa yang menyukai ulam-ulaman. orang kata awet muda. aku tak pasti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger