Jom Follow

Khamis, 11 Ogos 2011

11.8.11 Detik Utk Dikenang.....Dapat jam.



Deretan jam, menanti empunya. Ianya akan pergi pada yang berani. Ianya akan jadi milik SM bulan pertama. Orang yang berniaga sekurang-kurannya 20K. Banyaknya. Tak banyak. Sikit saja tu. Dah ramai yang buktikan 'boleh'. Tak ada yang mustahil.

SM Mohd Alif. Tahniah. Masih muda. Perjalanan masih jauh. Masih berliku, berjeram, perjalanan anda. Hulur tangan anda, biar akademi taipan181 pandu perjalanan anda dalam perniagaan ini. Anda tak akan dibiarkan keseorangan berjuang. Anda tak akan dibiarkan kehilangan arah.

SM Ridzuan. Tahniah. Senyuman manis. Muka rezeki. Akan lebih manis lagi lepas ini. Hari-hari mendatang lebih tersenyum lagi. Anak muda berwawasan. Anak muda punyai impian. Anak muda tahu apa yang kena buat untuk realisasikan impian tersebut. Dok menung mana dapat. Dok saja mana boleh capai.

SM Idayulini bt Mohd Nor. Tahniah. Raya tahun ini lebih meriah. Bonus pertama akan disusuli dengan bonus-bonus yang seterusnya. Asalkan anda terus buat. Anda terus ikut. Anda terus menyukai perniagaan ini. Anda mencintai perniagaan. Bila dah cinta, segalanya indah. Penolakan adalah indah. Sindiran orang adalah indah. Ejekan orang adalah indah. 'yes' adalah indah. WOW! segala-galanya indah.

SM Mohd Fuazi. Tahniah., kami bangga dengan anda. Kami yakin dengan potensi yang anda miliki. Hidup anda akan lebih bersinar lepas ini. Anda akan jalani kehidupan ini seperti mana anda inginkan. Anda pasti tersenyum puas.

SM Asmaq. Tahniah, berani bermula. Teruskan langkah kanan anda. Anda tak akan temui kegagalan dalam perniagaan ini. Apa yang anda temui semuanya adalah pengalaman. Bertindak sambil kutip pengalaman dari cikgu dan mentor. Tak perlu pandai/mahir semuanya skill baru nak bertindak. Hari ini MESTI bertindak kalau mahu berjaya seperti mereka yang dah berjaya.

SM Suhaila. Tahniah memilih akademi taipan181 sebagai salah satu cabang perniagaannya.

SM Abg Khai(wakil). Kena kerja. Tahniah, pilihan tepat untuk atasi kemelut peningkatan kos sara hidup. Harapkan gaji semata, perit untuk harungi hidup, lebih-lebih lagi sekarang. Beberapa bulan ini, harga barangan naik mendadak. Minggu ini beli, minggu depan dah naik harga. Datuk Najib cakap, fenomena global. Bikin pening kepala. Dari dok pikir, lebih baik bertindak. Usahlah dok marahkan malam, lebih baik nyalakan lilin.

SM Mashitah Saleha. Tahniah, beri peluang peluang pada diri untuk join perniagaan ini. Cikgu dan mentor tampil bila murid bersedia. Sediakan diri untuk dibimbing secara berterusan. Lebih mudah/cepat sampai ke destinasinya. Dah ada destinasinya. Kalau belum ada, kena setkan sebelum perjalanan bermula. Kalau tak, arah mana nak tuju pun tak tahu..

SM Noramri. Tahniah berani sahut cabaran. Anda akan dipimpin menuju destinasi impian. Hulurkan tangan anda. Akademi Taipan181 tak akan biarkan anda terkapai-kapai dalam perniagaan ini. Tanya kalau keliru. Tanya kalau ragu-ragu. Mentor dan cikgu bersedia bila-bila masa. Jangan segan dan malu.

Pemiik jam semalam bergambar bersama Cdm Kartini, Cdm Hasmidar dan Cdm Fitri. Cdm fitri semalam dapat Samsung Galaxy tab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger