Jom Follow

Khamis, 17 Januari 2013

SM & SSM 20/1/13;Paling Wow!

WOO! 
Hari Khamis.
Dah 17 Januari 2013.
Dua hari lagi, anugerah SM & SSM.
Jangan lepaskan peluang, datang dan anda akan termotivasi.
Bila lihat suasana, mereka yang dah berjaya dan ramainya yang terima anugerah.
Bila termotivasi, langkah dan gerak kerja anda akan jadi lebih pantas dan ligat lagi.
Tak kira apa pangkat anda, asalkan anda nak terus bertahan dalam biz ini.
Jarak bukan alasan kukuh untuk elak dari hadiri anugerah tersebut.

Dah CDM kena datang.
DDM kena datang.
DSM kena datang.
Orang baru kena datang.
Orang lama kena datang.
Orang jauh kena datang.
Orang dekat kena datang.
Orang Sabah kena datang.
Orang Sarawak kena datang.
Orang koma kena datang.
Orang nyawa-nyawa ikan kena datang.
Orang aktif kena datang.
Orang laju kena datang.
Orang slow kena datang.
Orang rejoin kena datang.hi!hi!hi!
Orang dah buat lain, kena datang.

Setiap tahun ada majlis ini.
2,3 kali setahun ada majlis ini.
Nak iktiraf pencapaian Usahawan.
Pengiktirafan sukar diperolehi dalam kerjaya anda.
Tapi dengan biz ini, anda kerap perolehi pengiktirafan terhadap pencapaian.
Sebenarnya manusia dahagakan pengiktirafan dan pujian serta ucapan tahniah.
Dalam biz ini, semua ini anda akan dapat.

Pada hari tersebut.
Anda akan lihat wajah-wajah ceria.
Pakai pula baju lip-lap-lip-lap.
Ada yang tempah khas.
Silap-silap ini baju termahal pernah mereka pakai.
Sampai je ke dewan, ucapan tahniah dari rakan-rakan kongsi.
Dapat jambangan bunga lagi. 
Nama anda dipanggil ke pentas untuk terima pin dari pihak syarikat.
Beribu-ribu pasang mata memadang ke arah anda.
Setelah terima pin, ada pula sesi bergambar bersama penerima anugerah yang lain.
Dah macam artis pula.
Berpuluh-puluh lensa kamera hala ke arah anda.
Glamour habis.
Turun pentas pula.
Upline & rakan kongsi sedia menunggu.
Sekali lagi bertalu-talu ucapan tahniah.
Silap-silap dapat ciuman oleh pasangan anda.
Jambangan bunga tak muat tangan orang bagi.
Indahnya detik-detik ini.
Sana ajak bergambar. Sini ajak bergambar.
(kat tempat kerja anda,dapat peluang jadi kini)

Indah. Bakal dikenang sepanjang hayat.
Ada yang bawa keluarga untuk lihat anda di pentas.
Balik rumah, 3,4 hari masih lagi panas.
Itu bagi mereka yang diraikan.
Bagi kita yang pergi meraikan mereka.
Lain pula kisahnya.
Dapat inspirasi.
Dapat motivasi
Dapat temu mata dengan rakan-rakan niaga.
Dapat bertemu dengan CDM Otai.
Dapat kutip ilmu biz dari mereka.


 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger