Jom Follow

Isnin, 28 Januari 2013

McD LCCT.

McDonald's LCCT. Jam 12.20 pagi. Aku lepak & santai bersama teman karib. Sementara tunggu CDM Kartini kembali dari Miri. Saja aku datang awal. Dah ada niat nak dok lama kat LCCT. Nak bercakap-cakap dengan sahabat baik. Jam 10 aku dah keluar dari rumah dan jam 11 dah tercokoh kat McD. Melantak Big Mac dan sebotol air mineral.

Tak ramai. Tak sibuk. Flight dah tak banyak lagi yang belum tiba. Flight yang terbang dah tak ada. Ada juga segelintir penumpang yang sampai awal. Aku rasa flight mereka pagi. Jadi mereka bermalam kat situ je nampaknya. Mungkin lebih selamat.  Ada juga yang tidur kat McD. 

Aku dok kat McD, sejam lebih. Syok juga. Dapat membaca tanpa gangguan. Fokus pada yang dibaca.

CDM Kartini, sampai jam 12.20. Bersama CDM Ah Hock dan CDM Kelvin. Kata mereka. Miri api sedang jadi. Dah ada permata. Perlu gilap sikit je. Pasti akan meletop. Dah 20 tahun, bermain dengan sepak terajang MLM. Kini dah jumpa tempat terbaik untuk buat income.

Aku beli kat 7E, sebelum ke LCCT.

McD LCCT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger