Wow!
Foto-foto di bawah ini, adalah detik-detik perjalanan kami sekeluarga kembali ke KL.
Setelah 3 hari 3 malam berada di Bumi Serambi Mekah.
Ramai ke! Orang senegeri dengan kami ikuti blog ini?
Kami bertolak dari KT pada 26/12/2012.
Lepas jumpa prospek di Seberang Takir.
Kami bergerak ikut jalan pantai.
Risau juga masa tu, banjir sedang melanda.
Main redah je. Kena 4 kali kami harung air.
Nasib baik, lepas.
Sampai Kelate jam 5 petang.
Foto-foto ini, hari jumaat.
Hari kami bertolak ke KL.
Dari rumah Mek Putih.
Jam 9 pagi kami turun rumah, selepas breakfast.
Nasi lemak & teh.
Pok Adik dok atas bendul. Tunggu kami bertolak, nak minta duit tol. Biasanya kami bagi RM10 setiap kali nak balik KL. Cukup untuk dia minum teh & beli rokok pagi-pagi. |
Nasi Paku. Pelik bunyinya. Tak pernah tengok. Apa lagi makan. Gerai ini terletak selang 2 pintu dengan gerai kami makan roti cotek. |
Lepas edisi membedal Roti Cotek. Kami kembali ke Stokis KB. Nak tunggu CDM Kartini. Berkira-kira nak ke KB Mall dulu. Sampai-sampai stokis. Slot CDM Kartini dah habis. Dah boleh jalan.
Kami bertolak ke KL. Kena ke Rantau Panjang dulu. Rumahnya sebelum stesen Minyak Shell. Hantar BBplus dulu. Ada orang nak. Selepas UPP. Kiri kanan jalan. Ada orang jual ikan sungai. Bukan sikit, tapi ramai. Macam pesta pula. Kiri kanan jalan adalah sungai dan paya. Bila hujan, ikan-ikan akan keluar. Rezeki musim hujan. Ada yang tahan pukat. Ada yang menjala. Ada yang memancing dan ada juga yang tahan taut. Nak beli, tapi jauh nak bawa KL. Pendam sajalah hasrat kami tu.
Kami bergerak ke KL. Ikut jalan Rantau Panjang - Panglima Bayu. Hasrat asal nak naik KL ikut Grik. Terkejut aku. Rantau Panjang masih digenangi air. Mana-mana air. Sepanjang jalan menuju Panglima Bayu. Beberapa tempat, harung air. Kesian juga, tempat-tempat lain, air dah surut. Mereka masih main air. Tapi nasib baik mereka tak perlu pindah.
Dalam perjalanan. Aku tanya CDM Kartini dan anak-anak. Nak ikut jalan mana. Gua Musang ke Jeli. 2 nak ikut Gua Musang. 1 nak ikut Grik. Jadi kami buat keputusan. Naik KL ikut Gua Musang. Mesyuarat ada kelebihannya. Bila kami buat keputusan nak balik ikut Gua Musang dan Karak.
"Jauh tak dengan tempat ikan patin?" tanya Baby.
"Kenapa?" tanya aku.
"kalau dekat nak makan ikan patin." jawabnya.
"ok. Kita berhenti makan tomyam patin dulu malam ini."
Sebenarnya kami kena mesyuarat awal. Kalau nak naik KL ikut Gua Musang. Tak perlu kami ikut jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu. Jalan ini jauh. Lebih baik ikut jalan Batu Karang. Lebih dekat. Lebih cepat sampai Machang. Nak buat macamana.
Hari jumaat. Solat jumaat dulu. Kami berhenti di Masjid Kroh. Sampai sana, imam sedang kutbah. Sempat dengar, walaupun hujung-hujung. Drebar bas pun solat jumaat. Bas parking tepi jalan. Orang lelaki boleh solat jumaat. Perempuan tunggu atas bas.
Lepas solat. Sekitar jam 2, teruskan kembara kami, menuju KL.
Kak Bi. Boring tahap gaban. Masa dihabiskan dengan bergurau dengan Aiman je dan tidur. |
Lepas sini. Drive terus. Sampai Bentong. Naik ke Temerloh. Tunai kehendak Baby. Bukan kehendak Baby seorang. Hasrat kami semua. Bedal 2 ekor Patin masak tomyam. Bagusnya sekarang ni. Tak payah lagi masuk sampai Mentakab. Keluar tol je, drive lebih kurang 1 KM dan sampai kedainya. Rizqi Tomyam 2. Sampai sini maghrib. Lepas makan & solat jamak kat kedai, baru bertolak ke KL.
Sampai rumah jam 11 lebih. Sempat main dulu dengan Si Amar...Mungkin ramai yang bertanya. Mana lagi 2 anak kami. Amar dok KL dengan Kak Ne. Amzar pula kat Felda Bukit Goh dengan Cik Moh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan