Jom Follow

Sabtu, 5 Januari 2013

Oh! Buku

Hari sabtu. Rehat-rehat jah bokali ambo. Dok ssajo. Isteri pulok ada hal sikit. Ambo dok dumoh. Jap lagi nak di MPH Alamanda. Nak cari novel 'Ranah 3 Warna'. Dah 2,3 buah kedai buku aku terjah tapi tak ada. Aku harap, MPH Alamanda tak mengecewakan aku. Aku pun baru berminat dengan buku ini. Novel ini, sambungan Novel Negeri 5 Menara. 

Negeri 5 Menara, dah lam aku tengok tersusun kat rak-rak kedai buku. Dah 2,3 tahun barangkali. Masa tu, tak teruja nak beli. Tapi hujung 2012, aku ada baca satu artikel yang sentuh novel tu. Adrenalin aku tiba-tiba datang. Terus cari. Lama juga baru jumpa. Itu pun kat SMO Kelate. Kat Kelate, aku pulun giler. Menarik dan tidak melarat-larat penceritaannya. Cerita diri sendiri. Syok baca. Rupa-rupanya novel trilogis. Buku ke-2, Ranah 3 Warna. Dah 2,3 hari dok cari. Belum jumpa. Semak PTS. Dah ada bukunya. Nak gi kedai PTS, jauh sangat. Kat Gombak. Cari kat MPH Alamanda dulu, sat lagi. Kalau tak ada juga. Kena pi sana juga akhirnya. Nak buat macamana, dah suka.

Beli Buku PTS di PTS Bookcafe
PTS Bookcafe Sdn Bhd
No 26, Jalan DBP 3,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves,
Selangor, MALAYSIA

Bukan buku tu saja aku dok cari. Buku Propaganda Zaman. Sambungan buku pertama; Anak Bapak. Dah cari kat Popular IoI. Masih belum ada. MPH Alamada ada kot. Buku ini terbitan Kemilau Publika. Kalau baca Tulisan Subky Latif, kena sabar sikit. Detail penceritaannya. kalau kurang sabar. Separuh jalan je gamoknya.

Oh Buku!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable