Berkongsi suka duka yang ditemui sepanjang perjalanan menuju 'pulau impian', bersama Akademi Taipan181. Adakalanya menempuh jeram dan adakalanya melalui liku. Semuanya terangkum dalam catatan ini. Harap ada yang sudi membacanya.
Jom Follow
Ahad, 6 Januari 2013
Propagandis Zaman: Subky Abdul Latif
Sabtu.
MPH Alamanda. Banyak pilihan. Cari Novel 'Ranah 3 Warna', tapi tak ada. Cari buku lain. Ada 2,3 buah yang menarik, tapi terpaksa buat pilihan. Tak boleh sapu semua. Pilih satu je dulu. Habis baca, baru beli lagi. Lebih bagus. Masa kau sampai semalam, masih lengang. Awal lagi.
Propagandis Zaman, hasil tulisan Subky Abdul Latif. Masih panas-panas. Tak sampai seminggu keluar. Sambungan Memoir Anak Apak. RM39. Aku semakin tertarik dengan tulisan-tulisan Subky Abdul Latif. Dah beberapa buah bukunya telah aku khatam, tapi ada lagi yang belum jadi koleksi. Tunggu!!!Ada juga peliknya aku. Tulisannya dalam Harakah aku jarang baca, bila dah dibukukan aku suka baca..
Tebalnya boleh tahan. 630 muka surat. Terbitan Kemilau Publika. Punya 23 bab, kesemua bab yang terpapar dalamnya amat menarik kerana ia mengkisahkan pengalaman penulis dalam dunia kewartawanan. Lebih-lebih lagi sepak terajang politik negara. Banyak juga info-info baru yang aku temui setelah menelaahnya semalam walaupun baru cecah 200 muka surat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan