Pagi-pagi lagi dah ke bank. Jam 6.40 pagi dah sampai. Masih kosong. Sunyi sepi lagi. Orang belum ada. Kami dah ke bank. Masuk duit. Sepatut semalam, tapi tak ingat, jadi kena pagi-pagi. Untuk anak yang belajar nun di Kelantan. Hari ini, dia nak keluar. Nak ke bandar. Harap-harap pandai urus duit. Skill yang penting untuk masa depan. Salah urus duit, hutang keliling pinggang.
Aku tahu, anda juga biasa dengan aktiviti macam ini. Lebih-lebih lagi, anak belajar jauh. Jarang-jarang boleh lawat anak disebabkan jarak. Kalau dekat, setiap minggu boleh gi jenguk. Hari outing, boleh ambil, wak balik ke rumah. Petang hantar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan