Seperti apa yang telah aku war-warkan beberapa minggu lepas.
Pada 20/1/13, Sabtu.
Akan diadakan majlis penganugerahan SM & SSM.
Aku pun hadir, macamana biasa.
Setiap kali hadir, dapat suntikan motivasi.
Hadir lepas solat zuhur dulu, bersama CDM Hamaka.
Malas nak bawa kereta. PGRM, susah nak dapat parkir.
Lagilah kalau sampai agak lewat.
Tadi pun naik sampai lantai 3, cari parkir. Tak ada. Turun pulak ke G.
Nasib baik ada 2 space kosong. Dapatlah CDM Hamaka parkir kat situ.
CDM Kartini, kena jaga anak. Anak tak berapa sihat & asyik mengerak.
Maid balik kampung.hu!hu!hu!
Minta maaf pada rakan niaga semua.
Itu dah tak boleh elak.
Semuanya dah siap sejak semalam.
Sampai PGRM jam 2.20 petang.
Terus ke Dewan Wawasan, tempat acara akan belangsung.
Terkejut beruk. Ramai sangat. Tak masuk dalam kepala.
Hari ini begitu ramai yang hadir.
Adakah Hai-O sekali lagi akan meletop?
Meletop! Apa aku kisah.
Tak meletop pun aku tetap buat.
Kalau meletop, aku lagi buat. hi!hi!hi!
Majlis belum mula, nampak macam dah nak mula.
Sempat jumpa dulu dengan DDM Din, Ustaz Ibrahim, CDM Ali.
Sempat ambil foto dengan mereka.
Lepas itu aku ke meja registeration.
Ada orang dah tolong daftar.
Selamat.
Lepak dicelah-celah orang ramai.
Aku berdiri disebelah kiri pintu dewan.
Ikuti dengan perarakan VVIP masuk dewan, diiringi oleh para CDM.
Aku malas nak beratur dan berarak nak pentas. Tak tahu kenapa.
Jarang sangat aku ikuti sampai ke pentas.
Semua CDM dah naik pentas.
Aku slow-slow jalan ke depan, ikut laluan tepi kanan pentas.
Berhenti depan pentas, nyanyi lagu 'Hai-O Perjuanganku'.
Sekali-sekala aku snap juga CDM kat atas tu.
Carilah mana CDM Akademi Taipan181.
Terkejut juga aku.
Hasrul Hisyam jadi emcee.
Apa ada kejutan kat sini.
Sama-sama kita tunggu.
Hari ini.
Aku duduk kerusi paling depan.
Sebaris dengan VVIP.hi!hi!hi!
Kelihatan Encik Tan Kai Hee, Kamarazaman Yakob,
Teoh Nee Siang, Tan Siew Ze dan Tham Yoke Lon.
Sebelah aku CDM Hamaka dan beberapa lagi CDM.
Barisan belakang CDM Fitri, DDM Tengku dan lagi...
Sempat dengan ucapan Encik Tan Kai Hee.
Menarik & aku semakin yakin lagi dengan syarikat ini.
Punya masa depan cerah. Tak risau dengan perjalanan syarikat.
Dah 20 tahun kukuh bertahan dan tak mustahil akan kekal untuk 20 tahun lagi.
Jadi keputusan yang aku ambil 12 tahun dulu adalah keputusan yang tepat.
Keputusan aku ambil untuk kerja bersama syarikat ini juga adalah tepat.
Hari ini.
Seramai 1,968 dianugerahkan dengan SM.
451 dinobatkan sebagai SSM.
Semuanya lip-lap, lip-lap.
Lebih bergaya dari hari raya lagi gamoknya.
Lepas anugerah SSM.
Aku keluar dewan.
Lepak kat belakang dewan.
Jumpa dengan CDM Fazlan dan Imran.
Macam baru sampai PGRM.
Siapa yang buat tanpa henti.
Pasti akan dapat hasilnya nanti.
Lambat atau cepat sahaja.
Kalau dapat cepat, kenapa harus melambat-lambat.
Generasi baru.
Muncul, bagaikan harimau.
Terkam sana, terkam sini.
Siapa yang larro merekalah yang rugi.
Jam 4.15 aku balik...
Singgah dulu melantak Mee Tarik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan