Selamat petang. Dah dekat maghrib. Aku nak kongsi sikit tips dengan anda semua. Tips ini aku dapat hasil pembacaan aku hari ini. Rasa bersalah pula kalau tak kongsi. Benda baik. Tips menabung. Kalau rasa ok, boleh ikut. Rasa tak ok. Tak ikut. Tak ada salahnya. Aku tak paksa ikut. Kalau nak ikut bagus juga. Kalau amal menabung, sedar tak sedar duit tabungan dah banyak.
Aku dah post pasal menabung dulu-dulu. Masih ingat lagi. Masih buat. Masih amal. Masih istiqamah. Alhamdulilah. Dah kira, ada berapa sekarang. Kalau terhenti, boleh sambung kembali. Jadikan salah satu azam tahun 2013. Menabung duit RM5. Wow!
Aku bukan setakat tulis. Aku pun buat. Aku buat sampai kini. Mana-mana RM1, RM5, RM10 aku simpan. Tapi RM1 dan RM5 memang sah simpan. RM10, kadang-kadang. RM10 disimpan apabila nak cukupkan korum. Cukup korum ialah RM100. Bila kira-kira dah banyak juga. Terkejut juga. Itu belum kira syiling lagi. Syiling ni leceh nak kira. Nantilah dulu. Lain tahunlah kira. Dah boleh melancong.
Dua ekor ayam, Upin & Ipin, Liverpool dan Peti Surat. |
Berapa banyak income masuk. Tak berapa penting. Tapi berapa banyak kita saving, paling penting. Masuk banyak, keluar semua. Tak guna juga. Masuk banyak, sikit simpan pun kurang bagus. Masuk banyak, saving pun banyak. Itu baru ok. Ada orang kata. Nak buat saving macamana, nak makan pun tak cukup. Cukup ke tak cukup mesti buat juga, Walaupun sikit. Kalau ketika income kecik tak boleh menabung, income besar pun kita tak akan menabung.
Antara tips menabung:
1) Berhenti merokok. Bagi yang merokok. Sekotak sehari. Dah berapa RM boleh jimat.
2) Bawa bekalan ke tempat kerja. Paling kurang pun bawa air putih dari rumah.
3) Beriadah di rumah. Tak payah lagi ke kelab kesihatan.
4) Bayar bil kredit kad pada masanya.
5) Ajar anak sendiri.
6) Lepak di gerai teh tarik daripada di restoran yang mahal.
7) Kurangkan penggunaan elektrik.
8) Rancang pembelian barangan dapur.
9) Jelaskan bil anda menggunakan kemudahan dalam talian.
10) Cuci kereta sendiri.- Sekali cuci RM8. Kalau seminggu sekali cuci dah jadi RM32 sebulan. Kalau setahun dah berapa. Kira sendiri.
Kalau larat boleh ikut.Tak larat, pilih mana yang boleh ikut. Tak ikut pun tak salah apa-apa. Tak ada yang akan didakwa pun.
Ikut mana yang boleh. Ikut mana yang mampu. Ikut mana yang suka. Mungkin juga ada yang kata. Simpan syiling bila nak kaya?
Warga ATM181. Dapat bonus, 2 hari lagi. Syoknya tak terkata. Jangaan lupa untuk hari depan. Ingatan ini juga untuk aku, yang sering lupa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan