Jom Follow

Rabu, 30 Januari 2013

Alamanda Putrajaya.

Pantasnya masa bergerak. Dah pukul 4 petang. Macam baru je kami keluar rumah.

Buku ini jadi pilihan aku hari ini.
Sekarang kami berada di Alamanda. Cdm Kartini ada agenda. Aku dengan agenda aku. Masuk parkir pun dekat dengan MPH. Senang. Tak payah menapak jauh. Aku sengaja tinggal buku & majalah dalam kereta. Dah berkira-kira nak tambah kawan baru. Mesti beli. Mesti miliki, sekurang-kurangnya satu buku. Lama juga memilih. Macam tak ada stok baru. Susah nak pilih. Akhirnya ada juga buku yang ikat aku. Beli juga. Sekarang ni aku dok santai depan Butik Hajaba. Dok baca, sambil tunggu CDM. Harap tak lama. Lewat, sangkut jam pulak. Bila berpus-pusu orang keluar opis menuju rumah masing-masing.
Depan Butik Hajaba, aku dok lepok.
Sebelum ke Alamanda, kami berada di Bandar Tun Hussein Onn. Kat situ, jumpa dan hantar BBplus. Selain tu tunjuk juga BVSM. Tiga beranak telah join kami. Jemput mereka, hadir 2 haribulan ni. Harap-harap mereka hadir. Mereka ni ada biz sendiri. Meniaganya boleh tahan juga. Anak-anak kerja dengan mereka. Rumah Mak bagi. Kereta mak bagi.... Bertuah anak-anak. Habis belajar, tak susah-susah cari kerja. Mak dah sediakan.

Nak ajak lebih-lebih pun takut juga. Mereka dah selesa. Nak pilih jalan susah-susah buat apa. Lebih baik kerja dengan Mak je. Setiap kali jumpa, nak kenalkan kawan.  Kami nanti, mereka tunjukkan. Belum mula lagi. Belum start lagi. Belum panas lagi. Belum perlu lagi. Belum terdesak lagi.
CDM jumpa rakan niaga. Aku membedal mee bandung muar di D'javu Cafe.

Sebelum ke Bandar Tun Hussein Onn. Singgah dulu Hospital Serdang. Hantar dulu Cylgenic. Customer baru bersalin. Sesuai sangat untuk dia. Dah jumpa BVSM pasti dikongsi dengan customer. Cdm Kartini yang jumpa. Aku macam biasa. Tunggu dalam kereta sambil baca.
Daripada Hospital menuju ke Bandar Tun Hussein Onn, kami singgah sini dulu. Petronas baru. Macam-macam ada.
Kerja sendiri. Biz sendiri. Buat MLM. Bebas bergerak. Bebas mana nak pergi. Bebas bila nak keluar. Bebas bila nak balik.

Tadi keluar jam 10 lebih. Lepas Bandar Tun Hussein Onn tadi dah boleh balik rumah. Saja-saja singgah Alamanda. Dah singgah, ada la agendanya. Tak datang pun tak ada masalah. Agenda untuk diri. Bukannya agenda biz. Kalau ada agenda biz pun, tambah senarai nama je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable